Cabaran perempuan berkerjaya dijodohkan dengan lelaki biasa-biasa

Cabaran perempuan berkerjaya dijodohkan dengan lelaki biasa-biasa

Malah kerjaya mereka mungkin mengatasi sebahagian pekerjaan lelaki pada hari ini..

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi

Lumrah seorang wanita masa kini tidak sama dengan wanita pada zaman dahulu. Wanita sekarang kebanyakan mempunyai pekerjaan yang baik dan berkerjaya. Malah kerjaya mereka mungkin mengatasi sebahagian pekerjaan lelaki pada hari ini.

Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) juga ada menyatakan bahawa antara golongan yang memberikan sumbangan yang ketara kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara adalah kaum wanita. Peranan wanita dalam bidang ekonomi sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. Sejak tahun 1990, bilangan wanita yang menceburi kerjaya profesional, pengurusan dan teknikal sudah meningkat hingga ke 47 peratus.

Laporan Pembangunan Manusia Asia Pasifik 2010 (UNDP) menunjukkan pertumbuhan negara kasar mampu meningkat daripada dua peratus kepada empat peratus setiap tahun jika kadar penyertaan wanita dalam pekerjaan meningkat kepada 70 peratus. Namun terdapat satu kekurangan buat wanita yang berkerjaya tinggi ini iaitu dalam soal jodoh. Ini adalah kerana mereka biasanya menghadapi masalah untuk bertemu dengan pasangan hidup yang sesuai. Ia bukanlah merujuk kepada semua wanita tetapi kebiasaannya wanita berkerjaya tinggi akan menghadapi masalah tersebut.

Pada artikel kali ini, saya akan senaraikan 5 sebab mengapa wanita berkerjaya tinggi sukar untuk mendapat pasangan.

 

1.Meletakkan ‘standard’ tertentu

Ianya tidak dinafikan lagi bahawa memegang ‘title’ seorang yang berkerjaya merupakan impian bagi kebanyakan wanita dan merupakan cita-cita mereka sejak kecil. Dengan memiliki sebuah kerjaya yang diidamkan, mereka mudah memiliki apa yang diimpikan. Disebabkan ‘title’ ini juga menyebabkan rata-rata dari mereka meletakkan ‘standard’ atau kriteria yang tertentu dalam mencari pasangan hidup.

Sebagai contoh, lelaki yang ingin mengahwini mereka mestilah mempunyai pekerjaan yang lebih baik daripada mereka. Ini menyebabkan golongan lelaki berasa seperti tidak layak untuk mendekati mereka disebabkan status mereka. Rasulullah S.A.W. bersabda dalam suatu hadis yang bermaksud:

“Orang Islam itu berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui oleh mereka, melainkan syarat yang mengharamkan perkara yang halal atau menghalalkan perkara yang haram.” (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)

Berdasarkan hadis di atas, meletakkan syarat adalah harus namun memberi syarat yang berlebihan akan mengundang keburukan sendiri kepada golongan wanita tersebut. Justeru, para wanita harus berusaha untuk mengelakkan perkara sebegini agar mudah mendapatkan jodoh.

 

2. Terlalu banyak komitmen dan tidak mahu terikat dengan tanggungjawab

Wanita yang berkerjaya tinggi juga adalah sinonim sebagai seorang wanita yang sibuk dan aktif. Mereka mempunyai banyak komitmen lain yang terpaksa mereka uruskan seperti urusan kerja, hobi, persatuan dan pelbagai aktiviti-aktiviti lain. Mungkin dengan asbab inilah mereka tiada masa untuk mencari jodoh.

Selain itu, golongan wanita sebegini senantiasa hidup berdikari. Ada antara mereka yang mungkin tidak selesa apabila terikat dengan tanggungjawab. Hal ini termasuklah tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak mereka kelak. Perkara seperti ini akan menyebabkan mereka tidak serius di dalam sesuatu perhubungan dan seterusnya akan melambatkan jodoh mereka.

 

3. Fobia menerima arahan dan taat kepada suami

Golongan yang berkerjaya tinggi biasanya mempunyai jawatan yang tinggi di dalam sesuatu organisasi syarikat. Dalam syarikat, merekalah yang akan memberi arahan kepada pekerja bawahan namun dalam dunia realiti sikap sebegini harus dibuang ke tepi. Ada sesetengah daripada golongan ini mungkin fobia dengan perkataan ‘isteri’ kerana memikirkan apabila menjadi isteri, mereka perlu taat dan patuh kepada suami. Sedangkan diri mereka sudah terbiasa mengarah daripada diarah.

Taat kepada suami bukanlah bermaksud taat yang tidak boleh dibantah. Ketaatan yang tidak boleh dinafikan hanyalah kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Namun Islam mewajibkan isteri untuk taat kepada suami selagi si suami tidak menyuruh melakukan perkara yang melanggar akidah Islam.

“Apabila seorang isteri mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (menjaga kehormatannya), dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Hadis di atas menerangkan bahawa taat kepada suami adalah salah satu ciri-ciri yang membolehkan wanita untuk masuk syurga. Justeru itu, tidak perlu takut untuk menjadi seorang isteri kerana Islam menjaga kedudukan martabat seorang wanita.

 

4. Mereka berasa seperti tidak perlu bergantung kepada lelaki

Selain itu, sikap yang berasa tidak memerlukan lelaki di dalam hidup juga mungkin akan menjadikan wanita tersebut sukar mendapatkan jodoh. Biasanya wanita yang berasa tidak memerlukan lelaki di dalam hidup ini sudah mempunyai segala-gala yang mereka perlukan. Mereka ada pekerjaan yang baik, kewangan yang kukuh serta boleh berdikari melakukan pelbagai pekerjaan. Oleh sebab itu, mereka tidak terlalu bergantung kepada lelaki untuk menguruskan kehidupan mereka.  

Akhbar Berita Harian ada memaparkan tentang perancangan kewangan yang baik juga dapat menjamin kehidupan seharian berjalan dengan sempurna. Oleh sebab itulah golongan wanita berasa tidak perlu untuk bergantung kepada kaum lelaki disebabkan urusan kewangan mereka yang sudah stabil.

Ingin saya jelaskan di sini bahawa berkerjaya tinggi bagi wanita bukanlah suatu kesalahan bahkan ia adalah sesuatu yang baik. Malah umum juga sudah mengetahui bahawa pekerjaan yang bagus adalah satu jaminan bagi mendapatkan kehidupan yang lebih sempurna.

Pandangan saya terhadap isu ini bukanlah mengatakan semua wanita yang berkerjaya tinggi berhadapan dengan masalah mencari pasangan hidup. Namun demi menunaikan salah satu sunnah Nabi iaitu perkahwinan, wanita yang berkerjaya tinggi mestilah menempis segala asbab  seperti yang dinyatakan di atas.

 

Jom bina baitul muslim (keluarga muslim) yang bahagia

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar