Tempat Sesuai Mencari Jodoh
Tempat Sesuai Mencari Jodoh
Salah satu tempat yang sesuai bagi mencari jodoh ialah pada majlis kenduri kahwin saudara mara atau kawan-kawan anda. Pada masa inilah biasanya, ramai kawan sekolah atau saudara mara anda akan berkumpul dan berkenalan antara satu sama lain...
Jodoh merupakan sesuatu yang perlu diusaha dan dicari. Jika anda menganggap jodoh hanya perlu menunggu, anda sebenarnya sudah salah mentafsir dalam hal berkaitan mencari jodoh. Sama halnya dengan perbuatan jika kita hendak makan. Bolehkah kita hanya duduk dan menunggu makanan datang atau kita kena berusaha mendapatkan wang untuk membeli makanan?
Sudah tentu jawapannya kita kena berusaha untuk mendapatkan rezeki. Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
(Surah Al-Ankabut: Ayat 69)
Oleh sebab itu, apa yang perlu anda lakukan adalah teruskan berusaha bagi mendapatkan jodoh yang terbaik. Pada kali ini, saya akan senaraikan tempat yang sesuai bagi anda yang masih belum bertemu jodoh.
Tempat Yang Sesuai Untuk Mencari Jodoh
1. Majlis Keramaian Dan Kenduri Kahwin
Salah satu tempat yang sesuai bagi mencari jodoh ialah pada majlis kenduri kahwin saudara mara atau kawan-kawan anda. Pada masa inilah biasanya, ramai kawan sekolah atau saudara mara anda akan berkumpul dan berkenalan antara satu sama lain. Bagi mereka yang masih bujang, gunakan peluang keemasan ini untuk ‘survey’ calon pasangan yang anda suka.
Jika anda seorang yang pemalu, anda mungkin boleh bertanyakan kepada saudara mara atau kawan anda yang lebih mengenali calon pilihan anda itu. Belum cuba, belum tahu kan?
2. Organisasi Persatuan Atau Sukarelawan
Selain itu, tempat yang sesuai untuk mencari jodoh juga adalah melalui medium persatuan, organisasi atau badan-badan sukarelawan. Apabila anda menyertai persatuan atau badan sukarelawan, anda pasti bertemu dan bergaul dengan banyak orang selain daripada ahli persatuan anda sendiri.
Ia sangat berbeza dengan suasana tempat kerja yang mungkin lebih formal. Melalui persatuan biasanya ia lebih santai dan lebih mudah untuk kita berkenalan dengan orang lain. Tambahan pula, jika anda menginginkan pasangan anda mempunyai kecenderungan minat yang sama dengan anda, maka pilihlah calon di kalangan ahli persatuan.
3. Majlis Ilmu Dan Ceramah
Majlis ilmu adalah tempat berkumpulnya orang-orang yang baik. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda dalam suatu hadis yang bermaksud:
“Jika kamu melewati taman syurga maka berhentilah. Mereka bertanya,”Apakah taman syurga itu?” Beliau menjawab, “Majlis Ilmu.”
(Riwayat At-Tirmizi)
Dengan menghadiri majlis ilmu dan ceramah, anda akan bertemu dengan pelbagai golongan dan berkenalan dengan kawan-kawan yang baru. Siapa tahu jodoh anda mungkin adalah kakak ataupun adik kawan baru anda itu. Mungkin juga si dia adalah anak kepada pak cik dan mak cik yang anda kenal di majlis ilmu tersebut.
4. Melalui Media Sosial
Zaman sekarang merupakan zaman teknologi. Semua maklumat dan informasi hanya di hujung jari anda sahaja. Menggunakan teknologi untuk tujuan yang baik, ia boleh mendatangkan faedah dan keuntungan kepada pengguna. Sebaliknya jika menyalahgunakan teknologi yang disediakan, maka ia akan mendatangkan keburukan pula.
Menggunakan media sosial membolehkan anda mengenali seseorang walaupun anda belum pernah bertemu dengannya. Mengenali ramai orang di media sosial akan meningkatkan kebarangkalian anda untuk mendapat jodoh. Namun perlu diingat, jangan sesekali memberikan maklumat peribadi anda kepada orang yang baru anda kenali. Ia mungkin akan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Hati-hati.
5. Melalui Portal Cari Jodoh Online
Satu lagi tempat yang sesuai untuk mencari jodoh ialah dengan menggunakan portal cari jodoh online. Ia adalah tempat di mana berkumpulnya orang-orang yang mahu mencari jodoh. Ia lebih spesifik berbanding menggunakan media sosial. Ini kerana tujuan kewujudan portal ini dan orang yang menyertainya adalah jelas iaitu untuk bertemu jodoh.
Contoh portal cari jodoh online yang boleh anda gunakan ialah BaitulMuslim.com (https://baitulmuslim.com/). Sudah ramai yang bertemu jodoh dengan menggunakan ‘platform’ cari jodoh online ini. Tidak salah untuk anda mencuba kan?
Jom bina baitul muslim (keluarga muslim) yang bahagia
Belum ada jodoh?