TIPS PENTING UNTUK ELAK DITIPU DENGAN CINTA MELALUI INTERNET

TIPS PENTING UNTUK ELAK DITIPU DENGAN CINTA MELALUI INTERNET

Sebagai contoh anda menerima satu friend request daripada seseorang yang anda tidak kenali. Tanpa berfikir panjang anda terus menerima permintaan itu...

Dikarang oleh hasrulhamimie | Tips dan petua

Pada zaman serba canggih ini semua orang sudah terpengaruh dengan penggunaan teknologi moden seperti internet. Tidak dinafikan internet membawa kebaikan dan juga keburukan kepada masyarakat. Kebaikan yang dimaksudkan adalah dari segi kemudahan. Masyarakat hanya boleh berinteraksi antara satu sama lain hanya menerusi kemudahan internet yang sedia ada.

Namun malangnya kemudahan yang ada disalahgunakan oleh segelintir masyarakat. Mereka mengambil kesempatan ini dengan menipu kenalan yang dikenalinya menerusi internet. Niat sebenar mereka masih tidak dapat dikenalpasti sama ada mereka hanya sekadar suka-suka sahaja ataupun mereka mempunyai taktik lain.

Kebanyakan mereka berkongsi kisah mereka ditipu di ruangan awam terutama di laman sesawang Facebook. Kes-kes penipuan yang berlaku ini kebanyakannya berpunca dari cinta melalui internet. Mereka yang menjadi mangsa kepada penipuan ini bukan hanya kaum wanita malah kaum lelaki juga turut menjadi mangsa sindiket ini. Hari ini kami akan kongsikan tentang beberapa tips penting untuk elak ditipu dengan cinta melalui internet.

1)Jangan layan seseorang yang terlalu obses dengan anda

Sebagai contoh anda menerima satu friend request daripada seseorang yang anda tidak kenali. Tanpa berfikir panjang anda terus menerima permintaan itu. Secara tiba-tiba sahaja si dia menyapa anda di ruangan messenger. Si dia nampak seperti terlalu terdesak mengharapkan balasan daripada anda.

Setelah sedar akan perkara ini, lebih baik anda menjauhkan diri dari melayan seseorang seperti ini. Hal ini adalah untuk mengelakkan anda terpedaya dengan si dia meskipun anda tidak tahu apakah tujuan sebenarnya. Mungkin hanya untuk berkenalan tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan melayan mereka yang terlalu obses dengan anda. Anda boleh block atau unfriend orang seperti ini demi keselamatan anda.

Selain daripada itu, sebab utama kenapa anda harus bertindak seperti itu adalah untuk tidak meletakkan apa-apa harapan pada si dia. Kalau anda terus melayan, ianya seolah-olah seperti anda membuka ruang kepadanya untuk bercinta. Oleh itu jangan sesekali memberi harapan kepada seseorang yang anda tidak minat untuk bercinta.

2)Jangan mudah bertukar nombor telefon atau maklumat peribadi kepada orang yang baru dikenali

Perkara ini sering terjadi kepada mereka yang terlalu terdesak dalam memiliki seorang teman hidup. Mereka terlalu mudah termakan dengan pujukan rayu ‘kawan’ baru itu. Apabila diminta nombor telefon, tanpa berfikir panjang mereka terus bersetuju. Melalui kecanggihan teknologi pada zaman sekarang, dari nombor telefon itu jugalah si dia dapat menjejaki anda ke mana sahaja anda pergi.

Malah yang bertambah buruk apabila si dia menggunakan nombor telefon anda itu untuk tujuan yang tidak baik. Maka waspadalah dalam setiap tindakan yang anda lakukan. Jangan sesekali memberi maklumat peribadi anda kepada ‘kawan’ baru selagi anda belum benar-benar yakin tentang kejujurannya.

Harian Metro ada memaparkan kisah seorang gadis yang terpaksa menanggung rugi akibat ditipu kenalan WeChat. Ianya jelas menunjukkan sifat kejujuran seseorang terutama orang yang baru dikenali tidak boleh diukur hanya berdasarkan ‘perangainya’ ketika di alam maya.

3)Jual mahal

Dengar sahaja perkataan ‘jual mahal’ pasti dalam fikiran anda sesuatu yang negatif sahaja kan? ‘Jual mahal’ masih ada relevannya. Ia mestilah sesuai dengan keadaan. Dalam hal sebegini, anda seharusnya bersikap ‘jual mahal’. Terutama bagi kaum wanita.

Tidak kiralah akan persepsi orang ramai yang akan melabelkan anda ‘sombong’, asalkan maruah diri anda sentiasa terpelihara. Elakkan diri dari terlalu mudah termakan dengan kata-kata ‘kawan’ baru anda supaya anda tidak mudah terjerat dengan muslihatnya.

4)Jangan mudah terpedaya dengan lifestyle mewah yang ditunjukkan

Zaman serba canggih ini macam-macam benda boleh ditipu. Termasuklah mengenai kehidupan seseorang. Bukan sahaja menipu dengan kata-kata, malah mereka juga boleh menipu dengan menggunakan gambar-gambar mewah supaya sesiapa sahaja mudah terpedaya dengan kehidupan mereka.

Mereka mempamerkan tentang lifestyle mewah mengakibatkan ramai orang terutama kaum wanita mudah termakan dengan penipuan itu. Wanita mana sahaja yang tidak meleleh air liur apabila melihat si lelaki memuatnaik gambarnya dengan kereta mewah? Apabila disapa oleh lelaki itu lalu sepantas kilat dibalasnya. Malangnya penipuan seperti itu lambat laun pasti akan terbongkar jua.

5)Periksa latar belakang kenalan anda itu

Tidak dinafikan bukan semua kenalan anda di internet itu mempunyai niat yang tidak baik. 60% antaranya adalah benar-benar ikhlas untuk berkenalan dengan anda. Namun untuk menilai sejauh mana kejujuran dan keikhlasan si dia, anda masih mempunyai alternatif lain iaitu dengan periksa latar belakangnya.

Anda mungkin boleh memeriksa latar belakangnya melalui kawan-kawannya, saudara-mara atau sebaliknya. Sekiranya anda benar-benar merasakan si dia jujur tentang perkenalan itu, barulah anda memberi ruang untuk mengenali antara satu sama lain. Hal ini menunjukkan anda lebih berhati-hati.

Kesimpulan

Di Malaysia sudah terlalu ramai yang menjadi mangsa penipuan cinta siber terutamanya perempuan. Oleh itu kami sarankan agar semua orang baik lelaki mahupun perempuan supaya lebih berhati-hati. Tidak salah untuk berkawan namun mestilah bijak dalam memilih kawan. Tersalah memilih anda akan merana seumur hidup.

Kami berharap agar tips dan panduan di atas dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam mengatasi masalah penipuan cinta siber ini.

Jom bina baitul muslim (keluarg a muslim) yang bahagia

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar