Awas! Jauhkan diri dari lelaki 'kaki kikis'

Awas! Jauhkan diri dari lelaki 'kaki kikis'

Si lelaki memberikan alasan seperti ‘saya cuma buat business kecil-kecilan sahaja’ kepada anda. Percayalah ada beberapa kemungkinan yang boleh terjadi di sebalik kata-kata itu...

Dikarang oleh hasrulhamimie | Tips dan petua

Mereka yang jenis pisau cukur atau kaki kikis ini mudah sahaja untuk dikenal pasti. Dari segi perilaku dan gaya mereka pun dah boleh tahu. Sebelum ini perempuan sahaja yang sering dilabel ‘kaki kikis’. Namun jangan buat-buat tidak tahu pula ramai juga lelaki yang mengambil kesempatan atas kesenangan wanita asalkan duit poket mereka tidak terusik.

Secara hakikatnya setiap wanita ingin dicintai dan menyintai. Mereka memerlukan kasih sayang dari insan yang bernama lelaki. Namun untuk memiliki semua itu bukannya sesuatu perkara yang mudah. Apabila sudah ketemu, lain pula jadinya.

“Pengalaman lalu dalam bercinta membuatkan Afifah serik untuk mencari pasangan. Afifah pernah dipermainkan oleh lelaki, bukan sekali dua, malah lebih daripada itu. Apabila Afifah ditanya mengenai soal jodoh pasti Afifah cuba untuk mengelak daripada menjawab pertanyaan itu. Sebenarnya, pengalaman lalu telah membuatnya menjadi gerun untuk bercinta kerana dia sering sahaja dikikis oleh insan bernama lelaki.

Mempunyai pendapatan yang stabil menyebabkan para lelaki sering mengambil kesempatan terhadapnya. Afifah juga mudah termakan dengan kata-kata manis lelaki sehingga dia sanggup memberikan sejumlah wang kepada mereka. Lama-kelamaan apabila sering menjadi mangsa penipuan para lelaki, Afifah sudah mula sedar. Dia seolah-olah baru terjaga dari lena yang panjang. Selama ini cinta yang diharapkan hanyalah sekadar ungkapan sahaja….”

Perasaan sedih dan kecewa akan timbul jika anda sering sahaja berhadapan dengan orang seperti ini. Dari awal perkenalan, si lelaki sering sahaja memberikan pelbagai alasan hanya kerana tidak mahu mengeluarkan satu sen pun. Namun apa lagi situasi-situasi yang mereka berikan?

1-Menggunakan alasan ‘perniagaan tidak laku’

Si lelaki memberikan alasan seperti ‘saya cuma buat business kecil-kecilan sahaja’ kepada anda. Percayalah ada beberapa kemungkinan yang boleh terjadi di sebalik kata-kata itu. Antaranya mungkin dia tidak mempunyai kerja yang stabil atau tetap. Selain itu, mungkin si dia tidak mempunyai pekerjaan.

Tujuan alasan itu juga mungkin untuk menagih simpati daripada anda lebih-lebih lagi sekiranya pada saat dia memerlukan duit kelak. Malah dia juga akan menggunakan alasan seperti memerlukan bantuan kewangan atau perniagaan yang dijalankannya sedang kritikal.

Bila anda sudah mula sukakannya, pasti anda mencari jalan untuk memberi bantuan, kan?

Lelaki: Business baru saya ini masih tak boleh teruskan sebab kekurangan modal. Nampak gayanya terpaksa batalkan dulu hajat saya.

Wanita: Berapa yang awak perlukan? Mungkin saya boleh bantu.

Nota: Perempuan, bila dah terdesak mahukan ‘cinta’, dia sanggup lakukan apa sahaja walaupun ianya melibatkan wang ringgit ataupun maruah diri sekalipun.

2-Busybody nak tahu baki akaun bank si wanita

Waktu si wanita sedang sibuk mengeluarkan duit di ATM, si dia asyik menjeling sahaja ke arah skrin untuk melihat jumlah akaun anda. Usah terlalu positif apabila berhadapan situasi seperti ini. Ini bukan bermaksud lelaki itu ambil berat tetapi itu sebenarnya taktik untuk melihat adakah anda mempunyai jumlah duit yang banyak atau sebaliknya. Maka tidak terkejutlah sekiranya si dia sudah berani meminta atau mahu meminjam wang dari anda.

Lelaki: Saya makan mi segera je tadi. Duit yang ada pun cukup-cukup untuk bulan ini sahaja.

Perempuan:  Nak saya transfer dulu ke? Tak akan nak makan mi segera sahaja.

Nota: Kekasih mana sanggup lihat orang yang mereka cinta hanya makan mi segera sahaja. Lalu dihulurkan duit kepada si lelaki walhal si lelaki buat beli rokok, beli topup.

3- Suka menagih simpati dengan bercakap bohong

Ini antara alasan yang paling ketara yang dapat dilihat. Si lelaki sering memberi alasan dengan mengharapkan belas kasihan daripada si wanita. Si lelaki akan mula bercakap bohong dan akan menggunakan pelbagai alasan supaya si wanita mudah terpedaya dengan kata-katanya.

Lelaki: Mak saya tak sihat. Saya kena balik kampung hari ini juga tetapi duit gaji saya sudah habis selepas bayar roadtax kereta. Nak tunggu gaji bulan ini lambat lagi.

Perempuan: Tak apa, awak guna duit saya dulu. Mak awak perlukan awak sekarang.

Nota: 98% lelaki mungkin tidak akan bayar balik duit wanita meskipun si wanita menggunakan ayat seperti “awak guna duit saya dulu”. 1% lelaki mungkin akan bayar balik manakala lagi 1% mungkin disebabkan keengganan wanita itu untuk menerima. Bila dah sayang, semuanya jadi kabur sahaja walhal gaji si wanita pun tidak seberapa.

4-Menggunakan kata-kata manis

Apabila mula berkenalan, usah mudah terpedaya dengan kata-kata manis dari si lelaki. Apa yang dirisaukan sekarang adalah apabila si wanita berjumpa dengan mana-mana lelaki yang menunjukkan sifat romantik, mereka akan terlalu mudah terpedaya. Padahal mereka masih tidak mengetahui taktik atau niat sebenar si lelaki.

Lelaki: Saya senang apabila bersama awak. Awak cantik, baik dan lembut. Saya sangat sukakan perempuan yang mempunyai karakter seperti awak.

Perempuan: (senyum lebar)

Nota: Dalam hal ini, tidak boleh salahkan perempuan 100%. Hal ini kerana setiap perempuan sukakan pujian. Maka tidak hairanlah sekiranya si dia termakan dengan kata-kata itu. Apa yang harus mereka lakukan adalah dengan tidak mudah terpedaya dengan kata-kata manis dari si lelaki lebih-lebih lagi yang baru dikenalinya.

5-Suka mengelak

Setiap kali anda mengajak si dia untuk keluar makan dan ingin belanja menonton wayang pasti akan dijawab setuju dengan pantas. Tetapi apabila disuruhnya belanja makan dan menonton wayang pasti ada sahaja alasan untuk mengelak. Alasan yang diberikan sama ada tidak cukup duit atau tidak mahu keluar. Pada masa ini anda sudah boleh pertimbangkan untuk terus rapat dengan dia atau tidak.

Perempuan: Hari ini kita tengok wayang nak? Ada cerita best. Saya dah lama nak tengok. Saya belanja.

Lelaki: Haa ok boleh juga, saya pun teringin nak tengok.

***

Perempuan: Minggu lepas saya dah belanja awak makan, minggu ini awak pula yang belanja boleh? Saya teringin nak makan Mcd.

Lelaki: Sorry, saya busy sangat.

Kesimpulan

Sudah terbukti dia hanya ingin berdamping dengan anda jika anda sanggup melaburkan wang untuknya. Apa guna untuk teruskan berkawan? Jika anda sudah mula dilamun cinta, seelok-eloknya fikirkan kembali perasaan anda. Jatuh cinta boleh membuatkan kita menjadi ‘buta’ dengan segala kelemahan jejaka walaupun hakikatnya kita sudah tahu motif sebenar si dia.

Jom bina #baitulmuslim (keluarga muslim) yang bahagia

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar