DI MANA JODOH KITA?

DI MANA JODOH KITA?

"seorang muslim dan muslimah tidak patut berputus asa dari rahmat Allah"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi
Di, Mana, Jodoh, Kita

Ya, memang saya tahu Allah telah menciptakan manusia hidup berpasang-pasangan. Manusia mahupun lelaki atau wanita pasti akan disatukan dengan lawan jantina mereka. Namun, bukankah jodoh itu telah ditetapkan oleh Allah. Itulah jawapan sebenar apabila ianya berkaitan dengan jodoh. Namun, mengapa jodoh terlalu sukar untuk saya? Umur pun sudah makin meningkat usia. Usaha dan ikhtiar juga telah saya lakukan, tapi mengapa jodoh saya masih tidak nampak bayangnya?

Melihat orang sekelililng sudah dipertemukan jodoh olehNya, bertambah runsing hati ini memikirkan perkara itu. Kenapa ianya begitu sukar bagiku? Seolah-olah seperti diri ini sudah tidak ada gunanya dimata orang lain. Mengapa begitu? Teruk sangatkah rupaku? Perangaiku? Imanku? Usahaku? Allah. Ianya sering berlegar di fikiranku.

Mereka yang belum berjumpa jodoh memang ianya adalah satu masalah bagi mereka. Bukan calang-calang masalah, tetapi besar masalahnya. Boleh mengakibatkan seseorang tertekan dengan kelewatan ini. Tetapi apa yang perlu diyakini, SETIAP MASALAH PASTI ADA JALAN PENYELESAIANNYA. Justeru, seorang muslim dan muslimah tidak patut berputus asa dari rahmat Allah. Cubalah untuk mencari jalan keluar bagi masalah itu.

Terdapat banyak sebab yang mengakibatkan seseorang itu lambat jodoh. Antara sebab utama yang saya sentiasa dengar adalah disebabkan terlalu memilih. Tetapi, saya tidak meletakkan terlalu banyak syarat dalam pemilihan jodoh saya. Saya lebih bersifat terbuka. Saya hanya melihat mereka yang baik iman dan akhlaknya. Saya tidak meletakkan syarat yang spesifik dari segi rupa atau sebaliknya, tetapi apa yang saya pandang adalah seorang wanita yang taat setia kepada Allah SWT. Namun, mungkin bukan belum jodoh saya, sudah pasti ianya masih bukan rezeki saya.  

Saya juga sering mendengar masalah kawan saya yang masih belum bertemu jodoh disebabkan tentangan dari kaum keluarga, secara jujurnya, ibu bapa saya meletakkan keputusan yang sepenuhnya kepada saya dalam soal pemilihan jodoh. Saya yakin, jika kita berniat untuk memperoleh yang solehah, kita juga mestilah menjadi yang terbaik terlebih dahulu. Saya sentiasa juga memperbaiki diri saya sendiri ke arah yang lebih baik, bukan sahaja dari aspek agama semata-mata, malah secara kesuluruhan juga. Usaha itu tetap kena ada. Jangan mengharapkan yang sempurna sehinggakan yang terbaik sudah di depan mata pun belum nampak lagi.

Tidak dinafikan lagi, ramai wanita di luar sana yang memandang harta duniawi semata-mata dalam melaksanakan tugas sebagai hamba Allah iaitu, tuntutan perkahwinan. Sedangkan kawan-kawan saya sendiri pun meletakkan syarat seperti itu, kata mereka, “tak apalah tak handsome, asalkan banyak duit”. Sedar tak sedar, mereka telah meletakkan syarat untuk memiliki lelaki yang banyak harta sahaja. Sedangkan bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik akan kekayaan itu. Secara peribadi, saya tidak menganggap ianya sebagai satu cabaran buat saya, kerana saya pasti, kelak saya tetap akan bertemu jua dengan pilihan hati saya yang baik akhlaknya terhadap Allah SWT.



Hidup ini sentiasa memerlukan usaha dalam menggapai sesuatu. Kalau tanpa usaha, pasti ianya menjadi seperti angan-angan kosong sahaja. Saya yakin, dengan kelewatan dalam usaha bertemu jodoh ini, pasti Allah ada perancangan yang lebih baik buat saya. Nasihat saya untuk mereka yang mengalami nasib seperti saya, teruskan berusaha dalam mencapai apa yang kita mahukan, setiap usaha mestilah diiringi dengan doa, diharap dengan usaha ini, kita berjaya mendapat hasilnya. Insha Allah. Jangan sesekali kita berputus asa dengan takdir Allah, kerana setiap kelewatan pasti ada hikmahnya.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar