TIPS UNTUK MENJADI PASANGAN YANG BAIK

TIPS UNTUK MENJADI PASANGAN YANG BAIK

"untuk menjadi seorang pasangan yang baik bukan sesuatu perkara yang mudah"

Dikarang oleh Inaaina | Tips dan petua
Tips, Menjadi, Pasangan, Baik

Tidak ada manusia yang dilahirkan sempurna di muka bumi ini. Pasti terdapat kekurangan mahupun kelebihan di mana-mana dan ini tentunya memberi kesan dalam sesebuah perhubungan. Semua orang di dunia ini pasti ingin menjadi insan yang terbaik bagi pasangan mereka yang tercinta.

Tetapi, untuk menjadi seorang pasangan yang baik bukan sesuatu perkara yang mudah. Meskipun usia perkahwinan sudah menjangkau berapa tahun lamanya kalau tak ada usaha dalam memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik, pun tiada guna juga.

Walaupun begitu, tidak ada salahnya jika kita sentiasa belajar untuk memperbaiki kekurangan diri kita dan sentiasa ingin menjadi yang terbaik untuk pasangan. Teruskan baca artikel ini untuk mengetahui bagaimana tips dalam menjadi pasangan yang baik.

Realistik terhadap pasangan

Jangan sesekali cuba mengubah pasangan anda menjadi seperti yang anda inginkan. Anda hanya perlu hadapi kenyataan dan terimalah si dia seadanya. Usah sesekali berharap supaya pasangan anda menjadi isteri atau suami yang terbaik, atau yang paling romantis. Cintai dan terimalah pasangan anda seadanya kerana dirinya. Ingat, ada sesuatu yang dimiliki oleh pasangan anda yang tidak dimiliki oleh sesiapapun.

Menjadi pendengar setia

Apabila berdepan dengan apa jua masalah, suami biasanya lebih gemar untuk berdiam diri dan cuba untuk menyelesaikannya sendirian. Namun, berbeza pula dengan wanita, mereka lebih gemar berkongsi mengenai masalah mereka mahupun tentang hati dan perasaan mereka. Mereka lebih bersikap terbuka. Oleh itu, bagi si isteri, sekiranya anda sudah tahu akan sikap suami yang lebih gemar berdiam diri, anda seharusnya pelajari sikap suami dan tidak membuat jangkaan sendiri mengenai perasaan mereka. Bagi si suami pula, pelajarilah cara untuk mengekspresikan perasaan dengan tepat supaya pasangan lebih mudah memahami ketika anda marah, terluka, tersinggung mahupun bahagia. Perkara yang harus dititikberatkan adalah komunikasi, ingat, petanda awal sebuah perpisahan adalah apabila pasangan itu berhenti berkomunikasi!

Melakukan perkara yang digemari bersama pasangan

Luangkan masa bersama-sama dengan aktiviti yang anda dan pasangan gemari. Sebagai contoh, lakukan aktiviti-aktiviti seperti melancong, atau berkelah, iaitu aktiviti yang anda masing-masing gemar lakukan. Nikmati saat itu bersama pasangan. Atau kalau sekadar menonton movie kegemaran di rumah pun sudah mencukupi. Ianya dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara anda dan pasangan. Elakkan daripada meluangkan masa bersama rakan-rakan yang sehingga lupa akan status kita sebagai isteri atau suami.

Tidak terlalu perfectionist

Belajarlah untuk menerima pasangan anda seadanya. Jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang terlalu perfect sahaja. Contohnya, apabila si suami anda melakukan kerja rumah, jangan terlalu mengharapkan akan kesempurnaan kerja itu, pasti akan ada slack itu ini. Jadi, cukuplah kalau si dia sekadar membantu sahaja. Ada sesetengah suami, langsung tidak menghulurkan bantuan dalam kerja rumah mahupun kerja lain. Bersyukur lah anda. Ingat tu!

Tunjukkan kasih sayang anda

Tunjukkan kasih sayang anda dengan memberi sesuatu yang disukai oleh isteri dan suami anda. Sebagai contoh, ketika si suami penat baru pulang dari kerja, sediakan kuih mahupun air untuk dihidangkan kepada si suami, kepenatan yang dirasai mampu hilang sekiranya si isteri memberi layanan sebegitu. Begitu juga sebaliknya. Jadikan perkara ini seperti rutin harian anda.

Saling hormat-menghormati

Kekalkan sifat hormat menghormati antara pasangan. Tak salah sekiranya nak bergurau, tetapi biarlah berpada gurauannya. Jangan sampai membuat pasangan kita tersentuh dengan kata-kata kita.

Berikut adalah beberapa tips untuk menjadi pasangan yang baik. Jom kita sama-sama amalkan. Insha Allah semoga kita sama-sama menjadi pasangan yang baik.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar