4 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEMENTARA MENANTI JODOH
4 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEMENTARA MENANTI JODOH
"Allah SWT menciptakan kecenderungan buat lelaki dan wanita untuk saling suka menyukai antara satu sama lain"
Manusia diciptakan berpasang-pasangan. Ada lelaki, dan ada wanita. Allah SWT menciptakan kecenderungan buat lelaki dan wanita untuk saling suka menyukai antara satu sama lain. Maka dari sinilah lahir cinta dan kasih sayang kepada orang lain. Cinta dan kasih ini adalah suci, dan melekat dalam diri manusia.
Bagaimana pula dengan jodoh? Kenapa mereka masih gusar apabila memikirkan tentang masalah jodoh? Sabar, jangan terlalu runsing. Tiba masanya nanti, jodoh pasti bertemu jua. Eh, tapi apa itu jodoh? Allah SWT mempunyai tiga pilihan dalam menjodohkan manusia antara satu sama lain. Pilihan pertama adalah cepat mendapatkan jodoh, pilihan kedua, lambat mendapatkan jodoh, tapi suatu ketika pasti akan bertemu jua, dan pilihan ketiga adalah menunda mendapatkan jodoh sampai di akhirat kelak (di dunia kita tidak mendapatkan jodoh), apapun pilhan jodoh yang ditentukan Allah, maka hal itu adalah yang terbaik untuk kita.
Namun, apa pula yang terjadi sekiranya takdir anda pada pilihan yang kedua itu, iaitu urusan mendapat jodoh diperlambatkan, hanya sekadar termenung memirkikan jodoh? Atau pura-pura seperti tidak tahu apa-apa? Atau sekadar berdoa semoga dikurniakan jodoh depan mata? SALAH! Bukan itu, sesungguhnya, penantian itu adalah kesempatan anda untuk menjadi muslim/muslimah yang lebih baik. Berikut antara beberapa perkara yang bermanfaat dalam penantian anda:
Meningkatkan kemampuan diri
Saat anda sudah bernikah, banyak perkara yang anda akan hadapi di mana pada saat sebelum nikah itu sendiri anda belum pernah lakukan. Oleh kerana itu, pada saat anda masih single inilah waktu yang sesuai untuk anda meningkatkan kemampuan ini. Tapi, apa kemampuan yang dimaksudkan? Ianya pasti kemampuan terutama dalam menjaga iman dan takwa anda dalam menjadi isteri dan suami yang soleh dan solehah kelak. Jadi, jangan cepat melatah sekiranya anda belum dipertemukan jodoh oleh Nya, kerana pasti ada sebab disebaliknya.
Berbakti kepada ibu bapa
Ketika anda sudah menjadi insan yang bergelar suami mahupun isteri, anda sudah mempunyai kewajipan yang tertentu untuk dijalankan. Jadi, gunalah sebaiknya kesempatan ini untuk berbakti kepada ibu bapa anda, anda mesti ingat, selepas seorang wanita sudah bernikah, mereka sudah menjadi milik suaminya dan segala urusan apapun memerlukan keizinan dari suaminya. Pada si suami pula, kalau selepas bernikah, tanggungjawab mereka sudah turut bertambah kepada si isteri dan anak-anak, oleh itu, sebelum anda dipertemukan jodoh, berbaktilah kepada kedua orang tua terlebih dahulu.
Mempelajari ilmu tentang pernikahan/rumah tangga
Seperti yang kita tahu, terdapat banyak kedai-kedai buku yang menyediakan buku-buku ilmiah mengenai pernikahan, jadi, disaat anda masih single ini, eloklah mempelajari dan mendalami tentang ilmu-ilmu perkahwinan. Sesungguhnya dalam bahtera rumah tangga ini, pelbagai cabaran dan masalah yang anda bakal hadapi, sekiranya anda sendiri sudah bersedia tentang ilmu rumah tangga, nanti anda mampu menanganinya disaat anda ditimpa masalah. InshaAllah.
Sentiasa berdoa
Jangan sesekali putus berdoa. Sesungguhnya dengan doa, anda mampu menemui keajaiban. Namun anda mestilah rajin berdoa, meminta pertolongan dari Allah SWT. Selain berdoa dalam meminta jodoh untuk diri sendiri, anda juga mampu mendoakan sesama umat Islam. Agar semua dipermudahkan jodoh oleh Nya.
“Doa seorang muslim untuk saudaranya (muslim lainnya) yang tidak berada di hadapannya akan dikabulkan oleh Allah. Di atas kepala orang muslim yang berdoa tersebut terdapat seorang malaikat yang ditugasi menjaganya. Setiap kali orang muslim itu mendoakan kebaikan bagi saudaranya, nescaya malaikat yang menjaganya berkata, “Amin (semoga Allah mengabulkan) dan bagimu hal yang serupa.” (HR. Muslim)
Oleh itu, sebelum jodoh anda dipertemukan oleh Allah, gunakan kesempatan atau peluang yang ada ini untuk melakukan perkara-perkara yang positif. Tingkatkan kemampuan diri, berbakti kepada ibu bapa, menambahkan ilmu tentang pernikahan dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT. Sentiasa berfikiran positif untuk diri sendiri mahupun sesama muslim. Wallahualam.
Belum ada jodoh?