TENTANG NIKAH GANTUNG

TENTANG NIKAH GANTUNG

"ramai pembaca biasa mendengar perkataan nikah khitbah atau nikah gantung namun tidak mengetahuinya dengan jelas maksud perkataan ini"

Dikarang oleh Inaaina | Berita

Saya yakin ramai pembaca artikel baitulmuslim.com biasa mendengar perkataan nikah khitbah atau nikah gantung namun tidak mengetahuinya dengan jelas maksud perkataan ini. Kebiasaanya, pernikahan ini sering berlaku di kalangan keluarga yang mahu menikahkan anak mereka semasa masih belajar jika kita lihat situasi ini di Malaysia. Artikel ini akan memberikan sedikit penerangan kepada tentang apa itu nikah gantung yang sering diperkatakan oleh masyarakat kita khususnya di Malaysia.

1) Nikah gantung atau dalam bahasa arabnya dipanggil “NIKAH KHITBAH’ adalah harus bagi hukum.

2) Nikah gantung bermaksud pernikahan yang berlaku diantara pasangan pengantin namun mereka ini tidak duduk serumah dalam tempoh masa tertentu yang telah ditetapkan oleh kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan. Selain itu tanggungjawab nafkah oleh suami kepada isteri, selalunya yang berbentuk kewangan juga diringkan atau dilepaskan.

3) Nikah gantung juga perlu mengadakan Majlis akad nikah dan semua perkara wajib yang lain. Cuma biasanya Nikah gantung akan menanguhkan Walimatul Urus atau kenduri kahwin dan tempoh masa untuk mengadakan majlis kenduri kahwin  adalah tidak ditetapkan dan boleh menjangkau beberapa tahun.

4) Syarat SAH Nikah adalah sama seperti di dalam rukun- rukun perkahwinan, seperti suami, isteri, wali, saksi, dan akad (Ijab Kabul) dan juga mas kahwin perlu ada untuk syarat sah nikah.

Mengapakah nikah gantung biasa dilakukan

1) Suami masih belum mampu menyara sepenuhnya kos sara hidup isteri seperti perbelanjaan makanan harian, sewa rumah, pakaian dan sebagainya.

2) Pasangan tersebut masih belajar atau belajar di luar Negara

3) Masih tidak mampu memberi komitmen yang sepenuhnya atau belum bersedia untuk memnunaikan tanggungjawab berumah tangga

Fakta lain mengenai nikah gantung

1) Setelah selesai majlis akad nikah pasangan harus tinggal berasingan sehingga benar-benar bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami isteri dan kebiasaanya pasangan akan tinggal di rumah keluarga masing-masing terlebih dahulu.

2)Tujuan utama bagi pernikahan ini dilakukan adalah untuk megelakkan penzinaan dan lahirnya anak luar nikah daripada berlaku. Pasangan yang telah bernikah gantung boleh berjumpa, berdating atau pun bermesra seperti pasangan yang telah berkahwin dan jika sehingga melahirkan anak pun ia tidak salah ataupun haram. Anak tersebut juga adalah sah taraf.

3)Walaupun pasangan bernikah gantung mereka adalah pasangan suami isteri yang sah disisi agama islam dan juga undang-undang kerajaan Malaysia

Video tentang nikah gantung

Untuk lebih jelas mengenai nikah gantung anda boleh cuba lihat link video yang saya sertakan dibawah:

https://www.youtube.com/watch?v=hEBTNE66-u4&feature=youtu.be

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar