PEREMPUAN MAHU, TAPI MALU!

PEREMPUAN MAHU, TAPI MALU!

"kaum lelaki seharusnya mengerti apa yang perempuan mahukan"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi

Seperti entri sebelum ini, kami ada menulis mengenai perangai perempuan, Perempuan, sekejap begitu sekejap begini. Namun, pada entri kali ini, kami akan menulis beberapa perkara tentang perempuan, apabila mereka mahu tapi malu…..

Perempuan ingin dipuji

Setiap insan sangat happy apabila dipuji, ini adalah kerana, tiap pujian yang diterima seolah-olah mereka rasa dihargai. Perempuan, sudah sifat semulajadi mereka yang sentiasa ingin dipuji oleh lelaki, tidak kira boyfriend, tunang, atau suami. Pujian bukan hanya pada rupa yang cantik, malah juga pada keperibadian seseorang perempuan. Mungkin dari segi akhlak atau perbuatannya.

Perempuan mahukan cinta dari anda

Lelaki senantiasa mahukan wanita idaman mereka, begitu juga dengan perempuan, namun apa yang penting, mereka lebih mahukan cinta yang tulus dari seorang lelaki. CUMA MEREKA MALU untuk meluahkannnya.

Perempuan sangat kuat jealous

Sudah menjadi lumrah bagi setiap perempuan yang mempunyai sikap jealous yang tinggi. Mereka tidak suka dibanding-bandingkan dengan perempuan lain, oleh itu, kaum lelaki seharusnya bijak dalam mengawal perasaan ini. Elakkan dari menimbulkan perasaan jealous di hati perempuan. Bijak dalam mengawal perasaan bukan bermaksud tiket anda untuk berlaku curang, ianya bermaksud elakkan dari bertindak demikian, kerana perempuan malu untuk membicarakan niat mereka, tetapi dalam hati, tunggu masa nak meletup je.

Perempuan mahu dibimbing ke jalan yang benar

Ada sesetengah perempuan, merasakan bahawa ianya sukar untuk mereka memberitahu kepada kaum lelaki tentang hasrat mereka ingin dibimbing ke jalan yang benar. Seharusnya perkara wajib ini tiada penghalang bagi sesiapa dalam menyampaikan niat ini, begitu juga buat kaum lelaki, seharusnya mereka sendiri sedar akan tanggungjawab mereka dalam membimbing isteri atau bakal isteri mereka ke jalan yang benar.

Perempuan ada cara tersendiri. Cuma ianya sama ada malu atau berani sahaja dalam membicarakan sesuatu. Oleh itu, kaum lelaki seharusnya mengerti apa yang mereka mahukan. Sesungguhnya MEREKA MAHU, TAPI MALU!

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar