SEBAB KENAPA ANDA KAHWIN LAMBAT

SEBAB KENAPA ANDA KAHWIN LAMBAT

“bila nak kahwin?” “kenapa tak kahwin lagi?”

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi

Mereka yang belum berkahwin sering diajukan dengan soalan “bila nak kahwin?” “kenapa tak kahwin lagi?” pasti anda rimas kan? Artikel kali ini ditujukan buat mereka yang sering bertanyakan soalan macam ni dengan kawan-kawan mereka. Kalau mak ayah sendiri yang tanya, tak ada laa sampai tertusuk hingga ke lubuk hati kan? Inikan pula orang luar!

Jodoh tak sampai lagi

Jodoh dan ajal adalah ketentuan ilahi. Bila ada yang tanya “kenapa tak kahwin lagi?”, jawab je “jodoh belum sampai lagi”. Namun, jangan hanya menunggu sahaja, anda kena lah berusaha juga ok.

Terlalu memilih pasangan

Anda seorang yang terlalu memillih, anda terlalu mengharapkan pasangan yang mengikut kriteria anda sendiri. Jangan terlalu meletakkan syarat dalam memilih pasangan, kerana tak semestinya mudah untuk anda memiliki mereka yang kena dengan taste anda.

Sebab putus cinta

Perkara ini kerap berlaku. Mereka yang pernah menyemai cinta, namun putus di tengah jalan, dan mereka sangat trauma untuk memulakan perhubungan, sebab itu mereka pasrah dalam bercinta.

Workaholic

Mereka yang workaholic ini adalah mereka yang jenis kuat berkerja, sehingga tiada masa dalam mencari boyfriend/girlfriend. Mereka lebih mengutamakan kerja berbanding mencari pasangan hidup.

Tidak suka dikongkong

Apabila mereka sudah terbiasa hidup dalam keadaan bebas, mereka takut untuk berkahwin kerana apabila mereka sudah mempunyai teman hidup, mereka sudah tidak boleh hidup bebas, sudah terikat. Nak lepak/gossip dengan kawan-kawan pun dah susah.

Berikut adalah beberapa sebab kenapa anda kahwin lambat. Ingat, jangan terlalu melewatkan perkahwinan. Sedangkan perkahwinan amatlah di seru dalam Islam. Wallahualam.

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar