"Bukan Tiada Jodoh Tapi Belum Ada Jodoh"
"Bukan Tiada Jodoh Tapi Belum Ada Jodoh"
"Jodoh inikan semuanya dalam rahsia Allah SWT. Kita tidak berhak untuk menghukum atau berprasangka atau kehidupan orang lain..."
Jodoh dan pertemuan adalah perkara misteri yang tidak diketahui oleh manusia. Jodoh juga adalah ketentuan Allah yang manusia tidak mampu mengubah kerana semuanya sudah ditetapkan oleh-Nya. Sesungguhnya segala sesuatu terlaksana dengan takdir Tuhan.
Firman Allah SWT:
Dan segala sesuatu itu di sisi Tuhan adalah ketentuan takdir. (Surah al-Ra’d: 8)
Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu itu dengan takdir. (Surah al-Qamar: 49)
Namun secara hakikatnya, takdir jodoh seseorang itu tidak sama. Jadi jangan sesekali kita rasa malu atau tercabar sekiranya diri anda masih belum ada jodoh.
Artikel tentang jodoh kali ini kami kongsikan hasil tulisan dari Pakar Motivasi iaitu Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah:
Hari ini, jangan kita cop orang yang masih single ini adalah mereka yang takda jodoh. Mereka bukan tiada jodoh tetapi belum ada jodoh.
Jodoh inikan semuanya dalam rahsia Allah SWT. Kita tidak berhak untuk menghukum atau berprasangka atau kehidupan orang lain.
Zaman hari ini, jika kita masih sibuk dengan melihat hidup orang lain, itu maknanya hidup kita sudah takda erti lagi.
Kita lihat dia masih sendiri, hidup dalam kesunyiaan, walhal sebenarnya, orang itu ada fokus dan tanggungjawabnya.
Mungkin dia belum berfikir untuk kahwin sebab fokus kerjaya dan memikir masa hadapan yang lebih cerah.
Setiap orang ada matlamat hidup berbeza-beza, namun hujungnya semua nak bahagia.
Dia bahagia dengan cara dia.
Kita bahagia dengan cara kita.
Kan harmoni begitu.
Anak cucu dan sahabat Tok Abah,
Jauh di dasar hati kita, kita mungkin peduli pada kawan-kawan kita. Kita risau hidup mereka. Itu hal bagus. Cumanya janganlah terlalu berlebihan.
Jangan terlalu sibuk memikir apa yang dia rasa sehingga sedar tak sedar kita jadi orang yang menghukum dan nak mereka ikut cara kita.
Bersederhana dalam bersahabat. Jika sayang dan peduli pada sahabat yang masih belum berpunya, doakan sahaja mereka supaya bertemu jodoh tepat pada masanya.
Doakan kebahagiaan mereka itu lebih besar hari demi hari.
"Jodoh akan sampai bukan ikut umur kita tetapi ikut masa yang telah Allah tetapkan"
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Kredit artikel Facebook Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah: https://www.facebook.com/share/15im6QGfLa/
Jom bina baitul muslim (keluarga muslim) yang bahagia
Belum ada jodoh?