TIPS UNTUK PENGANTIN PEREMPUAN MENJELANG PERKAHWINAN
TIPS UNTUK PENGANTIN PEREMPUAN MENJELANG PERKAHWINAN
"Persiapan perkahwinan bagi pengantin perempuan"
Bagi pengantin perempuan, ada beberapa perkara yang harus dipersiapkan sebelum menjelang hari perkahwinan mereka. Persiapan perkahwinan bagi pengantin perempuan ternyata berbeza dengan pengantin lelaki. Perkara yang harus dipersiapkan lebih teliti berbanding persiapan bagi pengantin lelaki. Berikut adalah beberapa tips untuk pengantin perempuan menjelang pernikahan:
Membagi tugas
Ianya tidak mustahil sekiranya timbul perasaan ‘stress’ sepanjang proses persiapan menjelang hari perkahwinan. Bila dah stress, mula lah rasa macam tak nak kahwin lah dan bermacam-macam perasaan yang wujud pada masa itu. Jadi, seeloknya, share sedikit tugas kepada keluarga kita, sahabat bahkan juga dengan wedding planner kita. Jangan sampai membebankan diri sendiri. Bila perasaan kita bercelaru, sedikit sebanyak akan menganggu pelancaran hari pernikahan nanti.
Manjakan diri
Ok, cuba curi satu hari, untuk anda luangkan masa anda dengan manjakan diri di Spa, menikmati rawatan muka dan sebagainya. Hari pernikahan merupakan hari yang paling bermakna bagi perempuan, sudah pasti anda tidak mahu kelihatan kusut pada hari tersebut, jadi luang sedikit masa untuk diri sendiri, jangan terlalu fokus sehingga terabai kekemasan diri anda sendiri akibat terlalu fokus mempersiapkan pernikahan.
Makan secara teratur
Ramai perempuan yang cuba untuk diet menjelang hari pernikahan mereka supaya nampak langsing, namun, dek kerana ingin tampil langsing pada hari bermakna mereka sehingga sanggup skip makan, walhal pada hari perkahwinan mereka, mereka lebih memerlukan tenaga yang banyak berbanding hari-hari biasa. Jadi, jagalah makan anda. Tak salah nak diet, namun, biar secara teratur, supaya anda dibekalkan dengan tenaga yang mencukupi.
Jangan terlalu ikut emosi
Ini perkara yang paling penting yang patut dititikberatkan, ingat, semasa proses menjelang hari pernikahan, pada waktu inilah kita sering dihasut oleh syaitan, yela, apabila kita mahu membina masjid, pasti syaitan adalah makhluk yang paling anti akan perkara ini, jadi syaitan akan terus menghasut kita untuk membatalkan hajat kita ini, jadi pada masa ini, macam-macam mood yang timbul, emosi pun jadi tak stabil, anda kena ingat, jangan terlalu ikut pada emosi anda sehingga melukakan perasaan orang lain.
Berikut adalah beberapa tips bagi perempuan yang bakal mendirikan rumah tangga. Kami dari pihak baitulmuslim mengucapkan tahniah kepada pasangan yang bakal berkahwin. Semoga jodoh anda semua berkekalan hingga ke akhir hayat.
Belum ada jodoh?