TIPS UNTUK MENJADI MATANG DALAM BERCINTA

TIPS UNTUK MENJADI MATANG DALAM BERCINTA

"dalam bercinta pun macam budak-budak lagi cara dia handle hubungan tu"

Dikarang oleh Inaaina | Tips dan petua

Ramai yang beranggapan umur penentu kematangan seseorang, sebenarnya anggapan itu salah. Kadang-kadang mereka yang umur dah 30 an pun tapi perangai masih lagi tak matang, bahkan dalam bercinta pun macam budak-budak lagi cara dia handle hubungan tu. Jadi, bagaimana cara untuk jadi matang dalam hubungan?

Anda mesti kenal pasti yang mana gurauan, yang mana serius

Dalam apa jua keadaan, jangan hanya asyik nak bergurau je walaupun anda pak lawak sekalipun. Ada tika masa, anda kena sedar akan sesetengah situasi. Mungkin ada sesetengah perkara tidak boleh dibawa bergurau, cuba bersikap matang, atasinya dengan serius. Namun jangan lah sampai stress pula.

Jangan nak berkepit sahaja

Ini jelas sikap kebudak-budakan. Hari-hari nak dating. Hari-hari nak call, whatsapp. Senang cerita, 24 jam dia nak pasangan dia tumpu perhatian padanya. Ingat orang tak ada kerja nak buat ke?

Bergaul dengan mereka yang lebih matang

Sekiranya anda dikelilingi dengan orang-orang yang matang, sama ada officemates, classmates, cuba bergaul dengan mereka yang anda sendiri sedar akan kematangan mereka. Sedar tak sedar, anda akan terikut dengan cara dan pemikiran mereka, lantas anda sendiri dapat menimba ilmu dan pengalaman yang berbeza.

Cuba ubah penampilan anda

Apabila anda sudah meningkat remaja, anda semakin pandai dalam menjaga penampilan diri, malah masih ada antara mereka konon mengaku diri mereka ‘natural beauty’ sehinggakan langsung tak menjaga penampilan diri. Salah tu, cuba ubah penampilan anda agar tampak lebih kemas dan cantik. Sedap mata memandang. Aurat pun kena jaga tau baik perempuan mahupun lelaki.

Untuk pengetahuan semua pembaca, kematangan bukan boleh dipaksa, namun cuba untuk belajar dari pengalaman anda dan orang sekeliling anda sendiri.

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar