TIPS SUPAYA SUAMI AMBIL BERAT

TIPS SUPAYA SUAMI AMBIL BERAT

"syurga si isteri terletak di bawah telapak kaki suami"

Dikarang oleh Inaaina | Tips dan petua
Tips, Suami, Ambil, Berat

Anda nak kahwin? Nak kahwin, tetapi runsing memikirkan kehidupan selepas berkahwin macam mana kan? Seronok ke? Atau keseronokan itu dapat dirasai oleh segelintir pihak sahaja? Kalau secara realitinya, kahwin ini bukan hanya dapat duduk sebumbung dengan si suami, malah juga anda kena bersedia dari segi mental dan fizikal, tak boleh kalau sekadar bersedia untuk hanya sekadar pandai masak sahaja, masih tak cukup.

Anda juga harus bersedia menerima baik buruk si suami itu nanti. Ini kerana, selepas berkahwin, segala perangai, perbuatan dan tindak tanduknya sudah berbeza semasa tempoh perkenalan anda sebelum menjadi pasangan suami isteri. Pada masa itu, anda tidak boleh hanya sekadar mengambil jalan mudah sahaja, tetapi, sentiasa cuba memperbaiki atau mempertingkatan kelemahan anda dan pasangan anda.

Kalau sebelum kahwin, semasa si dia menjadi tunang/boyfriend anda, pasti si dia sentiasa mengambil berat akan ada, dah makan ke belum, kenapa tak makan lagi, nanti boleh sakit, dan bermacam-macam lagi yang menunjukkan si dia mengambi berat akan anda.

NAMUN, pada awal perkahwinan, mungkin mereka masih lagi menunjukkan sifat ambil berat itu, tetapi apa pula yang terjadi sekiranya si dia sudah tidak lagi mengambil berat akan anda? Perempuan, sudah sikap semulajadi mereka untuk cepat terasa walaupun ianya nampak remeh di mata lelaki. Baitulmuslim akan kongsikan beberapa tips untuk suami sentiasa ambil berat akan anda.

Sentiasa berdoa

Anda seharusnya sentiasa berdoa agar si suami lembut hati dan menjadi soleh. Supaya mereka sentiasa mengutamakan anda sebagai isterinya. Hanya dengan kuasa Allah sahaja yang mampu menentukan segalanya di muka bumi ini. Hati kita ini adalah milik Allah. Dia sahaja yang berkuasa.

Bersikap prihatin

Cuba menambat hati suami dengan menunjukkan keprihatinan kepadanya. Sentiasa alert akan emosi suami, jangan ketika mereka sedang mengalami sesuatu masalah, anda tambahkan lagi stress mereka. Bawa berbincang tentang apa yang mereka alami, ajak mereka berkongsi masalah mereka dengan anda, dan cuba untuk berikan pendapat anda. Sekiranya anda tidak dapat mampu, bersikap jujur sahaja supaya anda tidak merumitkan lagi keadaan.

Pendengar setia

Jadi seorang isteri yang sentiasa bersedia mendengar masalah suami supaya mereka rasa amat dihargai. Sekiranya anda mahu suami memahami masalah anda, anda juga harus memahami masalah suami. Jadi pendengar setia untuk mereka. Tunjukkan keprihatinan anda dalam mendengar masalah suami. Insha Allah si suami pasti akan berasa gembira.

Luangkan masa bersama

Luangkan sedikit masa selama 30 minit bersama si suami. Sebagai contoh, sebelum anda tidur, bersembang dengan suami, mungkin anda boleh bersembang mengenai kenangan-kenangan anda sebelum anda berkahwin bersama si suami, yang boleh menguatkan lagi ikatan cinta dan kasih sayang antara anda dan suami.

Air tangan isteri

Selain komunikasi yang memainkan peranan yang penting dalam rumah tangga, air tangan isteri juga mampu menaikkan keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga. Sekiranya anda seorang isteri yang berkerjaya, anda boleh memasak untuk suami pada waktu malam, jangan asyik nak makan dekat kedai sahaja. Ini pun antara salah satu tanggungjawab sebagai seorang isteri. Kalau yang suri rumah itu, jangan ada alasan pula. Kalau tak reti masak pun, zaman sekarang semua ada untuk dijadikan rujukan.

Sentiasa berketerampilan menarik

Sebagai seorang isteri, anda mestilah sentiasa nampak cantik, kemas dan terurus di depan suami. Tak salah pun kalau nak berhias demi suami sendiri. Suami akan berasa senang memandang, lebih-lebih lagi apabila di bilik tidur.

Pesanan untuk kaum perempuan, jadilah isteri yang sentiasa taat pada suami. Walau pedih hati macam mana pun, jangan sesekali menderhaka kepadanya. Syurga si isteri terletak di bawah telapak kaki suami. Allah SWT telah menetapkan dia adalah jodoh kita, bermakna dia adalah yang terbaik untuk kita. Insha Allah.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar