TIPS MENJAGA HUBUNGAN JARAK JAUH

TIPS MENJAGA HUBUNGAN JARAK JAUH

"ada yang beranggapan hubungan jarak jauh ini tidak kekal lama"

Dikarang oleh Inaaina | Tips dan petua

Pada masa kini, trend hubungan jarak jauh sudah menjadi seperti adat buat pasangan di luar sana. Ada yang beranggapan hubungan jarak jauh ini tidak kekal lama. Namun, ada sesetengah pasangan lebih gemar dalam meneruskan hubungan jarak jauh. Kata mereka “senang, tak ada laa hari-hari nak dating”. Secara fitrahnya, ada betulnya juga, sedar tak sedar, mereka dah dapat elak dari perbuatan maksiat. Namun, bagi mereka yang beranggapan bahawa hubungan jarak jauh ini tidak kekal lama, jelas sekali ianya tidak benar. Berikut beberapa tips bagi mereka dalam menjaga hubungan mereka meskipun jarak antara lelaki dan wanita itu beribu batu jauhnya.



Komunikasi itu penting

Oleh kerana mereka bercinta melalui hubungan jarak jauh, peluang untuk bertemu antara satu sama lain agak sukar, cara yang mudah adalah dengan sentiasa berkomunikasi sama ada melalui call, whatsapp, atau video call. Sekarang teknologi dah makin canggih, macam-macam kemudahan ada. Jangan lah sampai 24 jam. Pasangan pun akan naik rimas. Biar lah berpada. Jangan jadikan ianya satu alasan untuk tidak contact antara satu sama lain. Namun, ingat, janganlah sampai melanggar syariat islam ya!

Kepercayaan

Dalam setiap hubungan, kepercayaan itu sangat penting lebih-lebih lagi melibatkan perhubungan jarak jauh. Dalam apa jua situasi, hindari apa jua godaan dan cuba untuk kekal setia. Jangan sesekali menghilangkan kepercayaan pasangan anda sedangkan pasangan anda kekal setia dengan anda.

Jangan terlalu kuat cemburu

Tidak dinafikan dalam setiap perhubungan, sama ada lelaki mahupun wanita mempunyai sifat cemburu di dalam diri mereka. Ada yang berpendapat, “kalau cemburu, itu tandanya sayang”, ya, memang betul, tapi cemburu itu biarlah kena pada tempat nya. Jangan lah terlalu over cemburu, nanti pasangan anda akan cepat bosan dan rimas dan boleh mengakibatkan hubungan anda tidak aman. Jauhkanlah dari cemburu buta.

Bagi mereka yang melalui perhubungan jarak jauh, amalkan perbuatan di atas agar hubungan anda dan pasangan sentiasa di dalam keadaan harmoni. Bagi mereka yang takut untuk memulakan perhubungan jarak jauh, usah gusar, amalkan tips ini, Insha Allah hubungan anda akan kekal ke jinjang pelamin. Ingat, setiap perhubungan antara lelaki atau wanita, wajib menjauhi segala yang diharamkan di dalam islam. Jangan sampai tergoda dek hasutan syaitan. Ingat tue! ☝️ ;)

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar