TIPS AGAR CINTA TAK BERTEPUK SEBELAH TANGAN
TIPS AGAR CINTA TAK BERTEPUK SEBELAH TANGAN
"Cinta adalah sebuah anugerah yang dikurniakan dalam kehidupan umat manusia"
Cinta adalah sebuah anugerah yang dikurniakan dalam kehidupan umat manusia. Ianya adalah fitrah bagi setiap manusia untuk merasai perasaan itu. Baik lelaki mahupun perempuan, mereka tetap akan merasai fasa-fasa itu. Cinta merupakan perasaan sayang bukan hanya sekadar antara lelaki mahupun perempuan, malah juga cinta boleh terbit antara sayang kepada ibu bapa, adik beradik dan juga kawan-kawan.
Menyampaikan perasaan cinta dapat dilakukan secara nyata dengan tindakan-tindakan yang berupa kasih sayang serta saling menjaga dan memahami. Cinta terdapat banyak jenis, namun yang paling ketara adalah cinta antara lelaki dan perempuan. Selepas bercinta, mereka akan melalui fasa-fasa ke alam perkahwinan pula.
Namun, pernahkah anda merasai saat cinta anda hanya sekadar bertepuk sebelah tangan? Ianya dimaksudkan seperti, hanya anda yang mencintai si dia sedangkan si dia langsung tidak mencintai anda! Hanya menganggap anda sebagai kawannya sahaja. Apa yang patut anda lakukan? Hanya pendam perasaan kecewa itu sahaja?
Teruskan baca artikel ini untuk mengetahui bagaimana tips agar cinta anda tidak bertepuk sebelah tangan:
Kenali potensi diri anda
Setiap orang pasti mempunyai potensi mereka sendiri. Iaitu sesuatu kelebihan yang sedia ada di dalam diri mereka. Mempamerkan potensi diri yang sedia ada pada anda merupakan salah satu cara perbuatan positif yang dapat anda lakukan. Bukan hanya sebagai cara untuk menghargai diri sendiri, namun, menonjolkan diri dengan mengenali lebih dalam potensi juga mampu membuat anda lebih dikenali dan memiliki kelebihan dibandingkan dengan orang lain. Tunjukkan apa kelebihan yang ada pada diri anda kepada si dia, supaya si dia lebih bersikap terbuka dalam mengenali anda.
Kenali hobinya atau kesukaannya
Apabila berbicara mengenai hobi, sudah tentu setiap orang memiliki hobi yang berlainan. Mengetahui hobi atau kesukaan mereka yang anda suka adalah satu langkah yang baik untuk anda lebih mendekatinya. Baik lelaki mahupun perempuan, mereka cukup senang berbicara atau berkomunikasi dengan orang yang mengetahui akan kesukaannya. Ianya juga boleh dijadikan sebagai topik perbualan antara anda dan si dia. Apatah lagi sekiranya anda dan si dia mempunyai hobi yang sama.
Menjaga penampilan
Bukan hanya lelaki sahaja yang mahukan perempuan yang mempunyai penampilan yang menarik, bahkan juga bagi kaum perempuan, mereka turut mahukan lelaki yang mempunyai penampilan yang kemas dan menarik. Sekiranya penampilan anda sendiri tidak terurus, si dia pun tidak mahu mendekati anda. Tahukah anda, penampilan seharian anda sendiri mempamerkan perwatakan anda? Jadi, jagalah penampilan anda!
Ambil berat
Sudah menjadi lumrah bagi manusia sekiranya diri mereka sentiasa diberi perhatian oleh seseorang, mereka akan berasa senang dengan insan itu. Perkara ini dapat dilihat apabila orang yang kamu minati mempunyai masalah, dan apabila anda ada dalam mendengar luahan mereka, mereka pasti akan berasa senang mendampingi anda. Berasa seolah-olah mereka dihargai kerana ada yang sudi mendengar masalah yang dialami.
Sentiasa bersikap jujur
Manusia mana sahaja yang suka akan penipuan? Tidak ada kan? Oleh itu, dalam apa jua keadaan, cuba sentiasa bersikap jujur dengan si dia, kalau anda sering sahaja bercakap bohong, lama-kelamaan, dia sudah hilang kepercayaan kepada anda. Anda juga yang menyesal di kemudian hari kelak.
Berikut adalah beberapa tips dalam anda kekalkan supaya cinta anda tidak bertepuk sebelah tangan. Namun, anda kena percaya pada diri anda sendiri, sekiranya cinta anda masih juga ditolak, percayalah, ada yang lebih baik menanti anda. Allah tahu segala-galanya. Dialah sebaik-baik perancang. Jangan mudah berputus asa. Tugas kita sebagai manusia adalah untuk sentiasa berusaha. Lebih-lebih lagi dalam soal jodoh. Wallahualam.
Belum ada jodoh?