TANDA SI DIA BERBOHONG!
TANDA SI DIA BERBOHONG!
"tidak mustahil anda atau pasangan pasangan tidak pernah berbohong"
Walaupun anda dan pasangan saling cinta mencintai antara satu sama lain dan meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap pasangan anda, tidak mustahil anda atau pasangan anda tidak pernah berbohong. Ada ketika pasangan anda terpaksa berbohong demi kebaikan tapi jika terlalu kerap berbohong demi kebaikan akan jadi sesuatu kebiasaan untuk berbohong.
1. MENGAMBIL MASA YANG LAMA UNTUK MENJAWAB PERTANYAAN
Pada kebiasaanya, pasangan anda akan menjawab pertanyaan anda dengan tenang dan bersahaja tetapi jika pasangan anda mula menipu anda mereka akan teragak-agak untuk menjawab pertanyaan anda kerana mereka perlu memikirkan jawapan yang sesuai untuk pertanyaan anda supaya mereka tidak terkantoi dengan anda.
2. BERTANYA KEMBALI SOALAN YANG DI TANYAKAN
Seseorang yang ingin menyembunyikkan penipuannya sering dielak ketika di tanyakan soalan. Kebiasaanya, pasangan yang menipu ini akan menjawab pertanyaan dengan pertanyaan kerana mereka ingin menutup kebohongan yang dilakukan.
3. MULUT MANIS
Pasangan yang sedang berbohong atau menyembunyi kan sesuatu perkara selalunya akan berkelakuan pelik, tutur kata yang sangat manis, dan sering memuji anda. Hal ini dilakukan untuk menutupi kesalahannya.
4. TIDAK MEMBUAT EYE CONTACT
Kebiasaanya, mereka yang sedang berbohong akan berasa takut untuk melihat mata pasangan ketika bercakap. Pasangan yang berbohong akan mengalihkan pandangan ketika di ajukan pertanyaan. Hal ini akan menimbulkan keraguan terhadap pasangan.
Berikut adalah beberapa tanda si dia sedang berbohong dengan anda, namun, jangan terlalu cepat dalam membuat kesimpulan. Cuba mencegahnya dengan cara baik, jangan bertindak terburu-buru.
Belum ada jodoh?