Takut Nak Reject Seseorang? Ini Beberapa Tips Untuk Anda
Takut Nak Reject Seseorang? Ini Beberapa Tips Untuk Anda
"Tiada cara sempurna untuk reject tetapi ia bukanlah satu halangan untuk anda. Sebaik-baiknya berikan jawapan penolakkan secara berhemah dan matang..."
Mencintai dan ingin dicintai adalah perasaan fitrah dan ia bukanlah suatu kesalahan dalam Islam. Begitu juga dengan perasaan minat dan suka. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana Allah telah mencipta manusia dengan fitrah sedemikian. Namun apabila seseorang itu menyukai anda, anda sendiri tidak boleh mengawalnya kerana itu adalah luar kawalan anda.
Bukan niat anda untuk memberi harapan pada seseorang tapi mungkin perasaan itu hadir dalam dirinya secara tiba-tiba tanpa anda sedar. Malah anda juga tidak tahu macam mana untuk response pada mereka yang menyukai anda. Anda pasti akan dilema sama ada untuk berterus terang padanya atau tidak kerana bimbang dirinya terluka.
Jadi macam mana nak hadap situasi seperti ini sekiranya ianya terjadi kepada anda? Sedikit sebanyak dengan menyampaikan apa yang terbuku di hati pasti akan membuat anda terasa lapang. Berikut adalah beberapa tips untuk anda lakukan.
Kurangkan Berkomunikasi
Maksudnya di sini bukan tak boleh bercakap atau berwhatsapp langsung tetapi kurangkan. Elakkan berbicara mengenai topik-topik peribadi kerana topik ini akan sedikit sebanyak memberi mereka harapan. Ianya seolah-olah anda sudah bersedia untuk berkongsi dengan mereka tentang masalah peribadi anda atau sebaliknya. Lebih baik bercakap mengenai kerja dan cuba alihkan emosi mereka supaya tidak terasa terlalu peribadi.
Sekiranya mereka kelihatan mendesak, tegaskan pendirian anda untuk berhubung hanya pada keperluan sahaja. Selain itu, membalas whatsapp atau sms dengan laju dan terlalu kerap juga mungkin boleh menyebabkan si dia berharap. Selepas ini cuba kurangkan. Lama-kelamaan si dia akan mula sedar akan perubahan anda dan mula faham.
Jangan Terima Apa-Apa Pemberian Darinya
Baik lelaki mahupun perempuan akan guna pelbagai cara demi mendapatkan hati si dia yang mereka suka. Jadi trend memberi hadiah seperti bunga, coklat atau sebagainya ini akan dipraktik oleh sesetengah orang dalam menambat hati insan yang mereka suka. Justeru sekiranya anda mahu menolak seseorang, jangan mudah terpedaya dengan pemberian atau kejutan seperti ini. Kerana niat mereka memberikan anda hadiah seperti itu adalah sebagai tanda dia sukakan anda. Mereka meluahkan perasaan mereka melalui pemberian seperti itu.
Sekiranya anda menerima hadiah itu, dari situlah dia akan mula rasa anda juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya. Tidak dinafikan kaum perempuan sangat suka dengan kejutan seperti itu namun dalam situasi sekarang, ianya adalah tidak wajar untuk menerimanya. Belajarlah untuk menolak kerana itu sama juga seperti anda telah memberinya harapan dan laluan untuk meneruskan niat mereka.
Jangan Bagi Orang Harapan
Ada sesetengah orang, mereka sangat suka dengan menguji hati dan perasaan seorang lelaki ataupun wanita. Mereka berasa bangga apabila berjaya membuat seseorang itu suka dan minat padanya walhal diri mereka tidak mempunyai perasaan apa-apa terhadap orang itu. Kalau anda tak suka pada seseorang melebihi seorang teman, jangan beri harapan dan mainkan perasaan orang itu.
Saudara Izzati Elya dalam ceramahnya ada mengingatkan supaya jangan membuat orang berharap kerana berharap pada yang belum pasti ini sangat menyakitkan. Anda dinasihatkan jangan memberi orang harapan kerana apabila si dia tahu tentang kebenarannya, ianya adalah sesuatu yang menyakitkan.
Malah perkara ini juga boleh menjurus kepada kemudaratan mental. Harian Metro, Ogos 2018 memaparkan tentang satu tragedi di mana seorang lelaki ditemui mati tergantung di rumahnya dipercayai dek tekanan emosi selepas cintanya tak terbalas. Jangan ambil mudah perkara seperti ini kerana macam-macam hal boleh berlaku.
Berterus terang
Tiada cara sempurna untuk reject tetapi ia bukanlah satu halangan untuk anda. Sebaik-baiknya berikan jawapan penolakkan secara berhemah dan matang. Sekiranya anda telah melakukan semua perkara di atas tapi si dia masih lagi tidak faham, adalah lebih baik untuk anda berterus terang sahaja padanya. Ianya kedengaran agak keterlaluan tapi sebenarnya inilah yang terbaik. Namun sebelum berterus terang, pilih ayat yang baik yang sedap didengari dan elakkan ayat yang bakal melukakan hatinya. Jangan sesekali menghina, mengutuk atau apa-apa sahaja yang boleh mengguris hatinya. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nisa', ayat 148)
Jangan disebabkan ‘kesian’ anda sanggup menerimanya walhal hati anda tidak suka padanya. Jangan tipu diri sendiri kerana ini juga mungkin akan memberi kesan pada masa akan datang. Maka beranikanlah diri untuk berterus terang padanya supaya si dia tidak lagi meletakkan harapan kepada anda.
Jom bina baitul muslim (keluarga muslim) yang bahagia
Belum ada jodoh?