Ketahui antara sebab kenapa cinta anda 'syok sendiri'

Ketahui antara sebab kenapa cinta anda 'syok sendiri'

Ada sesetengah manusia mereka tidak gemar apabila sering dipaksa. Paksaan bermaksud memaksa orang lain (sama ada melalui tindakan atau tidak)...

Dikarang oleh hasrulhamimie | Tips dan petua

Apakah yang dimaksudkan dengan cinta ‘syok sendiri’? Cinta ‘syok sendiri’ adalah sama seperti cinta yang sia-sia. Anda mencintai si dia sepenuh hati anda namun apa yang menyedihkan apabila cinta anda itu tidak dibalas. Anda sudah buktikan pada mereka yang anda benar-benar serius untuk menjalin hubungan cinta bersamanya tetapi malangnya perjuangan itu tidak dihargai di matanya.

Impak daripada perkara ini mampu meninggalkan banyak pengalaman dan kenangan yang pahit kepada seseorang. Cinta ‘syok sendiri’ bukan sahaja terjadi kepada kaum wanita malah cinta ini juga terjadi kepada kaum lelaki.

Contoh:

Si lelaki sudah berjuang sehabis mungkin untuk mendapatkan wanita idamannya. Demi ‘sekeping’ hati, dia sanggup berhabis beribu ringgit untuk memikat hati wanita itu. Namun malangnya wanita itu masih tidak menyedari pengorbanan yang diberikan oleh si lelaki dan membuatkan cinta lelaki itu seperti ‘syok sendiri’.

Apakah punca berlakunya cinta ‘syok sendiri’?

1) Anda berusaha terlalu keras untuk mendapatkannya

Ianya seperti anda memaksa si dia untuk menyukai anda sepertimana anda menyukai si dia. Ada sesetengah manusia mereka tidak gemar apabila sering dipaksa. Paksaan bermaksud memaksa orang lain (sama ada melalui tindakan atau tidak). Paksaan yang berkaitan dengan hati dan perasaan lebih membuatkan seseorang sukar menerimanya. Malah ada yang membuatkan seseorang itu mudah berasa jemu dengan tindakan itu.

2) Anda bukan ‘type’ nya

Kalau ini penyebabnya, anda usaha macam mana keras sekalipun pasti tidak akan menawan hatinya juga. Kita semua sudah tahu bahawa setiap jodoh sudah ditentukan oleh-Nya. Namun kalau dah seseorang itu tetapkan ‘jenis’ pasangan idaman yang dimahukannya pasti awal-awal lagi anda sudah di reject olehnya.

Sehinggakan anda sanggup menjadi hipokrit demi menawan hati si dia dan menyebabkan anda bukan menjadi diri anda yang sebenar. Sejauh mana lakonan itu mampu pergi? Anda mahukan si dia untuk selama-lamanya bukan hanya untuk sehari dua.

3)Si dia masih belum bersedia

Antara sebab yang ketiga adalah kerana si dia masih belum benar-benar bersedia untuk membalas cinta anda. Mungkin ianya nampak mudah bagi anda untuk mencintai seseorang tetapi bukan bagi orang lain.

Sekiranya ingin mempersiapkan diri untuk mencintai seseorang, anda mestilah sentiasa bersedia tidak kira dari segi mental, fizikal dan rohani. Kalau si dia mengatakan bahawa si dia masih belum benar-benar bersedia, anda harus hormat dengan keputusan mereka.

4)Si dia tidak tahu anda menyukainya

Baik perempuan mahupun lelaki, untuk meluahkan perasaan mereka pada insan yang disukainya bukan merupakan sesuatu perkara yang mudah. Perasaan malu masih kuat menandingi mereka. Gara-gara perasaan ‘malu’ itu juga menyebabkan si dia tidak sedar bahawa anda menyukainya. Anda hanya mampu memendam rasa cinta itu sahaja berbanding meluahkan kepada si dia tentang perasaan sebenar anda.

Perbuatan ini secara tidak langsung akan merugikan anda. Hal ini kerana si dia mungkin akan disambar orang hanya disebabkan keegoan anda dalam meluahkan perasaan cinta kepadanya. Kewujudan perasaan malu itu tidak ada salahnya namun haruslah bertempat. Oleh itu, buang perasaan malu sekiranya anda tidak mahu kehilangan si dia. Dapat atau tidak, itu soal yang kedua.

Kesimpulan

Untuk mengelakkan daripada berlakunya cinta ‘syok sendiri’, anda haruslah mengenali personaliti si dia terlebih dahulu. Jangan hanya disebabkan kecantikan yang ada pada si dia terus membuatkan anda ingin mendekatinya. Selami terlebih dahulu apakah tujuan anda yang sebenar. Letakkan niat yang betul tentang kenapa anda ingin mengenali si dia dan menawan hati si dia supaya kelak anda tidak akan kecewa.   

Jom bina #baitulmuslim (keluarga muslim) yang bahagia

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar