Kenapa ramai wanita lebih memilih untuk cari jodoh melalui internet?
Kenapa ramai wanita lebih memilih untuk cari jodoh melalui internet?
Kebiasaannya perkara ini terjadi kepada wanita yang berkerjaya tinggi. Dek kerana terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan mahupun rutin hariannya, ianya menjadi kekangan buat mereka dalam mencari jodoh...
Mencari pasangan secara online bukan lagi perkara yang asing bagi masyarakat moden pada zaman kini. Malah ada yang menjadikan internet sebagai medium utama dalam mencari jodoh terutama bagi golongan wanita. Keputusan mereka dalam menggunakan internet sebagai medium pencarian akhirnya membuahkan hasil apabila rata-rata daripadanya berjaya membina sebuah cinta hingga ke jinjang pelamin.
Persoalannya di sini mengapa golongan wanita memilih untuk mencari jodoh melalui atas talian (online)? Ikuti artikel ini untuk mengetahui antara faktor penyebabnya.
1) TERLALU SIBUK DENGAN URUSAN HARIAN
Kebiasaannya perkara ini terjadi kepada wanita yang berkerjaya tinggi. Dek kerana terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan mahupun rutin hariannya, ianya menjadi kekangan buat mereka dalam mencari jodoh. Mereka tidak ada waktu untuk mencari jodoh seperti rakan-rakan lain. Waktu yang mereka ada hanyalah digunakan untuk urusan pekerjaan lebih-lebih lagi sekiranya jadual mereka padat setiap hari.
Dengan adanya perkhidmatan jodoh secara online atau aplikasi online, ianya sedikit sebanyak akan membantu mereka dalam menyelesaikan masalah itu. Kemudahan yang sedia ada memberi manfaat kepada mereka dengan mengisi waktu-waktu terluang yang terbatas walau di mana sahaja mereka berada atau pada bila-bila masa sahaja.
2) TIDAK MAHU MELIBATKAN ORANG LAIN DALAM PENCARIAN
Ini bukan bermakna mereka seorang yang ego. Ada sesetengah wanita, mereka tidak mahu meminta bantuan orang lain dalam mencari jodoh buat mereka. Misalnya dengan mendapatkan bantuan daripada kedua-dua orang tua, kaum keluarga dan sahabat. Mereka beranggapan pertolongan dari segi pencarian ini adalah sesuatu yang memalukan dan memilih untuk mencari sendiri tanpa bantuan orang lain.
Ada yang berpendapat sekiranya mereka berusaha sendiri dalam mencari jodoh, sekurang-kurangnya mereka boleh memilih sendiri mengikut kriteria yang mereka inginkan. Akhirnya medium internet jugalah yang dijadikan alternatif buat mereka untuk mencari calon pasangan.
Tidak dinafikan bahawa ada juga mereka di luar sana yang mendapatkan bantuan daripada kaum keluarga dan ianya mendatangkan hasil. Mungkin disebabkan mereka sudah putus harapan dalam pencarian jodoh dan memilih untuk menerima sahaja jodoh yang diperkenalkan oleh orang lain.
3) TIDAK YAKIN UNTUK MEMULAKAN PERKENALAN SECARA BERDEPAN
Perkataan ‘malu’ amatlah sinonim dengan kaum wanita. Lebih-lebih lagi dalam soal jodoh. Rata-rata mereka beranggapan bahawa setiap perkenalan haruslah bermula dari pihak lelaki terlebih dahulu. Walhal pada zaman serba moden ini ianya menjadi seperti tidak janggal lagi bagi kaum wanita untuk memulakan perkenalan. Mereka berpendapat bahawa perkenalan secara depan-depan adalah lebih memalukan dan mereka tidak yakin untuk memulakannya.
Lain pula sekiranya perkenalan bermula di laman sosial atau secara online. Apabila perkenalan bermula di internet, sekurang-kurangnya mereka tidak berkomunikasi dengan lelaki secara depan-depan. Mereka bebas menyatakan apa sahaja. Jika dibandingkan dengan perkenalan secara depan-depan, percakapan juga menjadi terhad kerana perasaan malu masih menyelubungi diri mereka. Idea perbualan juga menjadi singkat meskipun ianya hanyalah bualan kosong sahaja.
KESIMPULAN
Namun pencarian di internet bukanlah menjamin kebahagiaan seseorang dalam pemilihan jodoh kerana ianya telah tertulis qada dan qadar setiap umat-Nya. Cuma kita sebagai manusia haruslah bertindak dan berusaha dalam mencari jodoh. Tidak ada salahnya untuk anda memulakan pencarian melalui perkhidmatan atau aplikasi yang disediakan tetapi mestilah diiringi dengan niat yang betul. Bagaimana pula bagi anda para pembaca kami? Anda memilih untuk mencari jodoh secara online atau secara depan-depan?
Jom bina baitul muslim (keluarga muslim) yang bahagia
Belum ada jodoh?