JODOH SAYA BILA LAGI???

JODOH SAYA BILA LAGI???

"bukan mudah untuk menyingkirkan persoalan ini apabila anda tiap kali di tanya soalan ini"

Dikarang oleh Inaaina | Tips dan petua

Persoalan ini biasa di tanya oleh mereka yang masih belum bertemu jodoh di lewat usia. Masalah ini semakin rumit apabila kesemua rakan rakan sebaya anda semua telah berkahwin. Dan lagi bertambah rumit apabila ada yang datang ke rumah untuk meminang, namun bukan meminang anda, tetapi meminang adik anda.


Persoalan pertama yang pasti lahir di fikiran anda, jodoh saya bila lagi? Dan pastinya bukan mudah untuk menyingkirkan persoalan ini apabila anda tiap kali di tanya soalan ini apabila balik kampung. Namun di kala penat melayan kerenah orang dan perasaan sendiri ini, ada yang mengambil jalan mudah. Menerima siapa sahaja menjadi calon suami walaupun anda kenal dan tahu bahawa dia tidak serasi dengan anda.


Jangan terburu buru. Anda mungkin agak terlewat, namun pastinya anda tidak inginkan mempunyai masalah pada waktu mendatang. Berikut merupakan perkara yang anda perlu lakukan agar tidak membuat pertimbangan yang silap.


  1. Kurangkan pemilihan melalui paras rupa. Carilah pasangan yang baik peri pekerti. Anda mungkin menemui mereka yang masih belum berkahwin kerana menjaga keluarga, atau kerana membantu ibu bapa atau lain lain.

  2. Elakkan mendapatkan pasangan yang ingin berkahwin lambat. Anda harus sedar, bahawa anda perlu serius dalam mencari pasangan perkahwinan anda. Sekiranya si dia masih belum benar benar berumah tangga, dia bukanlah pasangan yang terbaik untuk anda cari pada waktu sebegini.

  3. Lebihkan pencarian pasangan anda kerana pada waktu ini anda perlu mendapatkan sebanyak mungkin calon untuk anda buat pilihan yang tepat dalam masa yang cepat. Jangan risau. Anda bukannya terdesak. Bahkan anda menggunakan cara yang betul berbanding hanya redha dan terima sahaja siapa yang menerima anda.

  4. Banyakkan berdoa. Senjata yang paling kuat adalah doa. Pastinya ada sebab aturan ilahi buat anda. Sentiasalah memohon di beri kekuatan dan di beri petunjuk agar anda tidak tersalah membuat pilihan.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar