CARA MENGENALI PASANGAN

CARA MENGENALI PASANGAN

"orang sering beranggapan yang mereka telah mengenal pasangan mereka tapi sebenarnya mereka masih lagi belum mengenal pasangan mereka"

Dikarang oleh Inaaina | Tips dan petua
Pasangan, Bercinta

Setiap orang sering beranggapan yang mereka telah mengenal pasangan mereka tapi sebenarnya mereka masih lagi belum mengenal pasangan mereka. Sesetengah pasangan yang bercinta selama bertahun-tahun masih lagi belum mengenal pasangan sendiri. Artikel kali ini kami ingin berkongsi sedikit tips untuk anda mengenal pasangan anda.

1. Tingkah laku pasangan bersama rakannya

Kebiasaannya, sikap seseorang akan berubah bila bersama rakan-rakannya, jika bersama anda mereka lebih tenang, sopan santun dan lemah lembut lain pula sikapnya jika bersama rakannya, jika pasangan anda bersama rakannya mereka akan lebih sikap terbuka.

2. Tingkah laku semasa berbincang

Perbezaan pendapat ketika berbincang sering menimbulkan salah faham antara pasangan. Pasangan yang tidak matang kebiasaanya tidak dapat menerima pendapat dan pandangan orang lain, mereka merasa pendapat dan pandangan mereka saja yang betul. Pasangan yang mempunyai sikap seperti ini selalunya seorang yang pentingkan diri sendiri dan ego.

3.  Pernahkah pasangan anda memburukkan bekas kekasihnya?

Jika kekasih anda bercerita sesuatu yang buruk mengenai bekas kekasihnya, anda jangan menganggap yang kekasih anda sedang meluahkan perasaannya pada anda. Pasangan yang baik tidak akan membuka aib bekas kekasihnya pada anda, tidak pelik lah jika anda dan kekasih anda tidak mempunyai jodoh yang panjang, ianya tidak mustahil perkara yang sama dilakukan kekasih anda.

4. Cara pasangan menyelesaikan masalah keluarga

Anda boleh melihat cara pasangan anda melayan keluarganya, jika pasangan anda melayan keluarganya dengan penuh kasih sayang, lemah lembut, sopan santun dan menghormati keluarganya begitu juga cara pasangan anda melayan keluarga anda.

Berikut adalah beberapa cara untuk mengenal pasangan anda. Ingat, jangan terlalu percaya kepada orang lain termasuk pasangan sendiri. Justeru itu, sebelum anda benar-benar jatuh hati kepadanya, alangkah baiknya anda mengenali pasangan anda terlebih dahulu.

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar