CARA MELUAHKAN PERASAAN PADA WANITA YANG DISUKAI AGAR DITERIMA

CARA MELUAHKAN PERASAAN PADA WANITA YANG DISUKAI AGAR DITERIMA

"Siapa mahu kalau cinta mereka tidak dibalas? Siapa mahu kalau cinta mereka sekadar bertepuk sebelah tangan kan?"

Dikarang oleh Inaaina | Tips dan petua

Apabila si lelaki sudah mula jatuh cinta pada si wanita, sudah pasti mereka juga mengharapkan balasan cinta itu dari si wanita kan? Siapa mahu kalau cinta mereka tidak dibalas? Siapa mahu kalau cinta mereka sekadar bertepuk sebelah tangan kan? Berikut adalah beberapa tips untuk lelaki di luar sana dalam meluahkan perasaan mereka kepada si wanita:

Kenali tanda jatuh cinta

Pertama sekali, anda kena kenal pasti dahulu tanda-tanda cinta dari si dia. Selami dahulu apakah si dia turut mempunyai perasaan pada anda? Tidak kira sama ada perasaan si dia pada anda sedikit mahupun banyak, kerana ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi hasil yang akan dilakukan.

Ketahui kesukaannya

Pelajari dan ketahui dahulu apa yang si dia suka dan apa yang si dia tidak suka. Ada sesetengah wanita mereka tidak suka akan lelaki yang bersifat terburu-buru kerana niat anda adalah untuk meluahkan rasa cinta kepada mereka. Sekiranya anda tergesa-gesa dalam meluahkan perasaan anda takut anda yang akan dikecewakan.

Berikan senyuman

Sentiasa memberikan senyuman dan memaparkan raut wajah yang indah dan ceria ketika saat bersamanya. Berusaha untuk sentiasa mengambil hati si wanita kerana kelak mereka akan perasan akan kewujudan perasaan cinta itu.  

Cari waktu yang sesuai

Jika anda sudah lengkap dengan point di atas, cari waktu yang sesuai dalam mengungkapkan rasa cinta anda kepada si dia. Waktu yang sesuai juga memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan hajat anda. Sekiranya masa dan tempat tidak sesuai, maka tidak mustahil lah kalau cinta anda ditolak. Sedih.

Jangan terlalu agresif

Dalam apa jua tindakan yang dilakukan, jangan sesekali bertindak agresif. Begitu juga dalam meluahkan perasaan anda kepada si wanita, bertindak rasional dan matang, malah jangan juga terlalu nervous, nanti lain pula jadi nya.

Oleh itu, cuba amalkan beberapa cara seperti di atas ketika anda sedang berdepan dengan masalah ini. Insha Allah, kalau dah jodoh, tak akan ke mana :)

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar