CABARAN MEMILIH IBU TUNGGAL SEBAGAI PASANGAN

CABARAN MEMILIH IBU TUNGGAL SEBAGAI PASANGAN

Apabila anda memilih ibu tunggal yang sudah mempunyai anak dalam dijadikan isteri, ini bermakna anda harus mengorbankan masa...

Dikarang oleh hasrulhamimie | Tips dan petua

Ramai lelaki meletakkan kriteria untuk mencari ‘anak dara’ dalam dijadikan calon isteri. Malah masih ada juga segelintir lelaki yang meletakkan kriteria untuk memiliki seorang ‘janda’ atau ‘ibu tunggal’ dalam dijadikan isteri mereka. Menurut syarak, janda atau ibu tunggal ialah wanita yang diceraikan oleh suami dan wanita yang kematian suami.

Membimbing seorang wanita yang tidak lagi bersuami adalah sesuatu yang besar ganjarannya. Lebih-lebih lagi apabila membimbing anak yatim yang kehilangan kasih sayang seorang ayah. Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Orang yang berusaha menghidupi para janda dan orang-orang miskin laksana orang yang berjuang di jalan Allah. Dia juga laksana orang yang berpuasa di siang hari dan menegakkan solat di malam hari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Berkahwin dengan anak dara mahupun ibu tunggal masing-masing terdapat cabarannya yang tersendiri. Hari ini kami akan berkongsi mengenai cabaran memilih ibu tunggal sebagai pasangan.

1)Masa bersama

Apabila anda memilih ibu tunggal yang sudah mempunyai anak dalam dijadikan isteri, ini bermakna anda harus mengorbankan masa. Kenapa? Kerana agak mustahil untuk anda dapat berduaan selalu kerana mereka mempunyai komitmen terhadap anak-anak. Lebih-lebih lagi sekiranya anaknya masih kecil.

Sebagai seorang ibu sudah tentu mereka akan berbelah bahagi antara cinta dan anak. Namun kebanyakan antara mereka tidak sanggup ‘membuang’ anak sendiri semata-mata kerana cinta. Terutama bagi ‘cinta’ yang baru ditemuinya. Oleh itu, sebagai lelaki anda haruslah bersedia dari aspek ini. Yakinlah setiap apa yang anda lakukan adalah merupakan pilihan yang tepat.

2)Bersedia atau tidak

Inilah merupakan persoalan utama yang harus anda lalui dalam memilih untuk berkahwin dengan seorang ibu tunggal. Anda mungkin akan berhadapan dengan situasi seperti ‘cemburu’. Cemburu yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan anak-anaknya. Mungkin pada dasarnya anda mencintainya tetapi agak sukar untuk anda menerima dirinya kerana anda perlu berkongsi kasih sayang dengan anak-anaknya juga.

Pada saat ini, tanyalah pada diri anda sendiri. Kalau anda benar-benar bersedia untuk mengharungi semua ini maka teruskanlah niat anda untuk memilih ibu tunggal sebagai isteri.

3) Soal anak-anak

Persoalan ini merupakan antara persoalan yang penting yang harus anda tangani dengan bijak dan sempurna. Seorang ibu tidak akan ‘membuang’ darah dagingnya sendiri  semata-mata hanya kerana ‘cinta’. Melainkan mereka seorang yang tidak waras atau tidak mampu untuk menanggung anaknya sendiri.

Apa yang harus anda ingat ialah anaknya mungkin tidak sama dengan anak anda sendiri dan sudah tentu kasih sayang akan berbelah bahagi. Suatu hari anak-anak juga akan meningkat remaja. Anda perlu sentiasa bersedia sekiranya mereka tidak dapat menerima anda sebagai bapa tiri mereka.

Pemikiran anak-anak apabila meningkat remaja ternyata berbeza dan mereka sudah boleh membuat keputusan sendiri. Maka bersedialah dari segi ini.

4)Risiko bekas suami

Usah tergamam sekiranya saat anda sudah menikah dengan seorang ibu tunggal, kehidupan mereka masih lagi ‘didatangi’ dengan bekas suaminya. Mereka mungkin akan berhubung terutama mengenai soal anak. Maka tidak hairanlah sekiranya anda masih lagi ‘berpeluang’ melihat bekas suami kepada isteri anda itu.

Keadaan akan menjadi bertambah buruk apabila masih terdapat dendam di jiwa dan inilah yang dikatakan risiko. Namun sebagai suami, anda haruslah sentiasa melindungi isteri anda.

5)Keluarga sendiri

Kekangan daripada keluarga sendiri mampu mengakibatkan niat anda untuk memperisteri seorang ibu tunggal terbantut. Bantahan dari kedua-dua ibu bapa adalah disebabkan tidak boleh menerima menantu dengan status ibu tunggal dan sudah mempunyai anak. Sekiranya anda merasakan pilihan itu adalah yang terbaik, anda harus berani meyakinkan ibu bapa anda. Anda haruslah bersedia menghadapi apa sahaja cabaran yang mendatang.

Kesimpulan

Tidak ada salahnya sekiranya anda mahu mengahwini seorang wanita yang bergelar ‘ibu tunggal’. Namun anda haruslah sentiasa bersedia dari pelbagai aspek terutama seperti yang telah ditekankan dalam artikel kali ini. Apa yang paling penting adalah niat. Niat anda adalah untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW iaitu kerana ingin menambahkan umat Muhammad.  Setiap niat yang betul akan diberi keberkatan dalam perkahwinan, Insha-Allah.  

Jom bina baitul muslim (keluarga muslim) yang bahagia

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar