BUKTI LELAKI MENCINTAI ANDA
BUKTI LELAKI MENCINTAI ANDA
Sebenarnya, dalam dunia ini ramai kaum lelaki yang menyukai seorang wanita tanpa disedari oleh wanita itu sendiri...
Sebenarnya, dalam dunia ini ramai kaum lelaki yang menyukai seorang wanita tanpa disedari oleh wanita itu sendiri. Malah ada juga wanita yang sekadar buat-buat tak tahu sahaja apabila menyedari si lelaki menyukainya, sama ada dia malu untuk mengaku akan perkara itu ataupun dia tidak mampu untuk membalas cinta lelaki itu. Apabila sudah mengetahui akan kewujudan perasaan itu terhadapnya, mereka masih lagi ragu-ragu adakah si lelaki itu benar-benar menyukainya atau sekadar mulut sahaja yang berkata-kata? Nah, hari ini kami kongsikan antara bukti lelaki itu mencintai anda sepenuh hatinya.
Melindungi anda sebaik mungkin
Ok, sekiranya si lelaki itu menunjukkan akan keprihatinannya terhadap keselamatan anda, ternyata lelaki itu mencintai anda. Seorang lelaki akan melindungi orang yang mereka cintai terutama apabila insan tersayang mereka menerima sebarang ancaman.
Memberi komitmen
Sebenarnya ianya adalah sesuatu yang sukar untuk seseorang lelaki itu memberi sesuatu komitmen dalam dirinya. Namun, sekiranya si lelaki telah meletakkan anda sebagai salah satu komitmennya seperti meluangkan masa bersama anda, sah, si dia sudah mencintai anda. Kalau anda tidak termasuk dalam komitmennya, sudah pasti nak lepak sekejap pun dia enggan. Bagi seorang lelaki, komitmen merupakan janjinya pada diri sendiri untuk mengekalkan kesetiaannya khusus terhadap seorang wanita sahaja.
Menepati janji
Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia sering menepati setiap janjinya kerana ingin mengekalkan kepercayaan buat wanita kesukaannya itu. Setiap lelaki menyedari akan kepentingan sebuah janji. Membuat janji bukan semudah diucapkan dengan kata-kata sahaja malah sentiasa berusaha untuk menepati janji itu.
Sanggup berubah kearah kebaikan
Sekiranya si lelaki ditegur oleh wanita itu atas sesuatu kesalahannya, si lelaki boleh menerima akan teguran itu dan cuba untuk mengubahnya. Bila dah jumpa lelaki macam ini, jangan mencabarnya pula, dia dah buktikan dia sanggup berubah atas permintaan anda. Namun, selagi kehendak itu tidak melanggar batas agama, selagi itu ianya patut dilakukan.
Dia cuba untuk tidak menyakiti anda
Dalam apa jua situasi, ada kalanya wanita suka memulakan peperangan terlebih dahulu, demi mengelakkan perbalahan menjadi lebih rumit, si lelaki memilih untuk berdiam diri sahaja kerana dia pasti sekiranya dia membuka mulut, pasti si wanita akan berasa tersentuh akan kata-katanya, demi mengelakkan wanita yang dicintainya tersakiti, si lelaki memilih untuk diam sahaja.
Dia sentiasa mengutamakan anda
Dah sah-sah lah kalau si lelaki meletakkan anda sebagai keutamaannya apabila dia sudah mula menyukai anda walhal pada waktu itu mereka sedang sibuk melakukan sesuatu kerja. Malah masa lepak dengan kawan-kawan pun dia sanggup tangguhkan dulu demi berjumpa dengan orang yang mereka cintai.
Memperkenalkan kepada keluarga dan sahabat
Paling ketara yang boleh dilihat adalah apabila si lelaki ingin memperkenalkan anda kepada keluarga dan sahabatnya. Ianya jelas membuktikan bahawa si lelaki sudah serius akan hubungan itu.
Berikut adalah beberapa bukti bahawa si lelaki itu mencintai anda. Sedikit nasihat untuk wanita di luar sana, sekiranya anda sudah sedar atau perasan akan kewujudan perasaan itu dari seorang lelaki, anda seharusnya jangan sesekali mencabar atau menguji mereka. Kalau betul anda tidak boleh menerima cinta mereka, berterus terang sahaja agar tidak ada salah faham dalam perhubungan itu kelak.
Wallahualam.
Jom bina #baitulmuslim (keluarga muslim) yang bahagia
Belum ada jodoh?