5 Tempat Sesuai Mencari Jodoh
5 Tempat Sesuai Mencari Jodoh
Salah satu tempat yang sesuai bagi mencari jodoh ialah pada majlis kenduri kahwin saudara mara atau kawan-kawan anda. Pada masa inilah biasanya, ramai kawan sekolah atau saudara mara anda akan berkumpul dan berkenalan antara satu sama lain...
Jodoh merupakan antara topik yang hangat apabila seseorang itu mula meningkat usia. Walau bagaimanapun, mereka yang masih belum bertemu jodoh mestilah sentiasa berfikiran positif. Dengan adanya aura positif, mereka tidak akan berasa tertekan dan ‘stress’ memikirkan soal jodoh yang belum tiba.
Apa yang perlu dilakukan adalah teruskan usaha anda bagi mendapatkan jodoh yang terbaik. Jadi pada artikel kali ini, kami akan senaraikan 5 tempat yang sesuai bagi anda yang masih belum bertemu jodoh. Semoga bermanfaat.
1. Kenduri Kahwin
Salah satu tempat yang sesuai bagi mencari jodoh ialah pada majlis kenduri kahwin saudara mara atau kawan-kawan anda. Pada masa inilah biasanya, ramai kawan sekolah atau saudara mara anda akan berkumpul dan berkenalan antara satu sama lain. Bagi mereka yang masih bujang, gunakan peluang keemasan ini untuk ‘survey’ calon pasangan yang anda suka.
Jika anda seorang yang pemalu, mungkin anda boleh bertanyakan kepada saudara mara atau kawan anda yang lebih mengenali calon pilihan anda itu. Belum cuba, belum tahu kan?
2. Organisasi Persatuan Atau Sukarelawan
Selain itu, tempat yang sesuai untuk mencari jodoh juga adalah melalui medium persatuan, organisasi atau badan-badan sukarelawan. Apabila anda menyertai persatuan dan badan sukarelawan, anda pasti bertemu dan bergaul dengan banyak orang selain daripada ahli persatuan anda sendiri.
Ia sangat berbeza dengan suasana tempat kerja yang mungkin lebih formal. Melalui persatuan biasanya ia lebih santai dan lebih mudah untuk kita berkenalan dengan orang lain. Tambahan pula, jika anda menginginkan pasangan anda mempunyai kecenderungan minat yang sama dengan anda, maka pilihlah calon di kalangan ahli persatuan.
3. Majlis Ilmu Dan Ceramah
Majlis ilmu adalah tempat berkumpulnya orang-orang yang baik. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:
"Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya satu jalan ke syurga. Tidaklah satu kaum berkumpul di satu rumah (masjid) dari rumah-rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan mempelajarinya bersama-sama, kecuali ketenangan akan turun kepada mereka, rahmat akan meliputi mereka dan malaikat mengelilingi mereka dan Allah memuji mereka di hadapan para malaikat-Nya."
Hadis Riwayat Muslim (2699)
Dengan menghadiri majlis ilmu dan ceramah, anda akan bertemu dengan pelbagai golongan dan berkenalan dengan kawan-kawan yang baru. Siapa tahu jodoh anda mungkin adalah kakak ataupun adik kawan baru anda itu. Mungkin juga anak kepada pak cik dan mak cik yang anda kenal di majlis ilmu tersebut.
4. Melalui Media Sosial
Zaman sekarang merupakan zaman teknologi. Semua maklumat dan informasi hanya di hujung jari anda. Menggunakan teknologi untuk tujuan yang baik, ia boleh mendatangkan faedah dan keuntungan kepada pengguna. Sebaliknya jika menyalahgunakan teknologi yang disediakan, maka ia akan mendatangkan keburukan pula.
Menggunakan media sosial membolehkan anda mengenali seseorang walaupun anda belum pernah bertemu dengannya. Mengenali ramai orang di media sosial akan meningkatkan kebarangkalian anda untuk mendapat jodoh. Namun perlu diingat, jangan sesekali memberikan maklumat peribadi anda kepada orang yang baru anda kenali. Ia mungkin akan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
5. Portal Jodoh Online
Satu lagi tempat yang sesuai untuk mencari jodoh ialah menggunakan portal cari jodoh online. Ia adalah tempat di mana berkumpulnya orang yang mahu mencari jodoh. Ia lebih spesifik berbanding menggunakan media sosial kerana tujuan portal ini dan orang yang mendaftar adalah jelas iaitu untuk bertemu jodoh.
Contoh portal cari jodoh online yang boleh anda gunakan ialah BaitulMuslim.com (https://baitulmuslim.com/). Jika ada masalah atau pertanyaan, pihak admin akan cuba menyelesaikan masalah anda itu. Tidak salah untuk mencuba kan?
Jom bina baitul muslim (keluarga muslim) yang bahagia
Belum ada jodoh?