5 CARA MENYELESAIKAN KONFLIK DALAM RUMAH TANGGA

5 CARA MENYELESAIKAN KONFLIK DALAM RUMAH TANGGA

"setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya."

Dikarang oleh Inaaina | Tips dan petua

Mempunyai perbezaan pendapat antara suami dan isteri adalah perkara biasa didalam rumah tangga. Malah perselisihan faham sudah menjadi asam garam dalam kehidupan rumah tangga, sedangkan lidah pun tergigit inikan pula suami isteri. Namun, ada sesetengah pasangan memandang konflik dengan rasa cemas dan panik, seolah-olah itu akan mengancam hubungan mereka. Ternyata setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya. Berikut beberapa pencerahan dalam menyelesaikan konflik rumah tangga.

 

Pilihlah waktu dan tempat yang sesuai

Ketika ingin menyelesaikan sesuatu konflik, pastikan kedua-dua pasangan sudah berada dalam keadaan tenang, jika salah seorang antara anda masih marah, tundakan dahulu perbincangan, tetapi, janganlah terlalu lama. Pastikan setiap perbincangan mestilah kena dengan tempatnya. Elakkan gangguan dari perkara lain, supaya proses perbincangan dapat diteruskan dengan tenang.

 

Kawal emosi

Pengawalan emosi adalah sangat penting ketika membicarakan setiap permasalahan. Emosi yang tidak terkawal akan menjadikan perbincangan menjadi semakin tegang. Saat mereka merasakan emosi sedang tinggi, hentikan perbincangan, nescaya perbincangan di saat itu tiada penyelesaiannya. Sebelum bertindak atau mengatakan sesuatu, fikirkanlah sebaik-baiknya terlebih dahulu kerana setiap kata dan tindakan akan memberi impak yang besar buat pasangan.

 

Luahkan secara terus terang

Ungkapkan perasaan anda secara terus terang, kata-kata anda mestilah secara terbuka dan terhormat. Pastikan setiap perbicaraan dilakukan dengan jelas dan tenang tanpa ada perasaan marah. Anda mestilah rasional dalam setiap tindakan dan percakapan.

 

Biar ‘cinta’ yang berbicara

Semasa sedang marah, ingatlah yang anda berdua sedang hangat bercinta, kerana dengan wujudnya perasaan itu, nescaya anda akan rasa cinta tersebut sebagai sumber kekuatan untuk membantu anda dan pasangan dalam mengatasi masalah yang melanda.

 

Bantuan pihak ketiga

Sebaiknya, setiap permasalahan hendaklah diselesaikan antara pasangan sahaja, namun, sekiranya anda merasakan konflik yang melanda itu menjadi semakin tegang, anda disarankan meminta bantuan dari pihak keluarga anda atau pasangan. Jika ingin lebih professional, anda boleh mendapatkan khidmat dari pihak kaunseling mahupun psikologi.

 

Setiap pasangan seharusnya menyelesaikan setiap konflik dalam rumah tangga dengan sebaik mungkin, janganlah sesekali lari dari setiap permasalahan kerana ianya akan memudaratkan lagi keadaan. Amalkan cara-cara diatas dan tangani setiap konflik dengan bijak.

 

Wallahualam.

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar