5 CARA MENDIDIK ANAK MENJADI CEMERLANG
5 CARA MENDIDIK ANAK MENJADI CEMERLANG
"anak yang cemerlang bukan hanya dari segi kejayaan duniawi sahaja, malah ia juga merupakan kejayaan dunia mahupun akhirat"
Setiap ibu bapa mengimpikan anak yang cemerlang. Konsep anak yang cemerlang bukan hanya dari segi kejayaan duniawi sahaja, malah ia juga merupakan kejayaan dunia mahupun akhirat. Anak adalah kurniaan dari Allah SWT yang tidak ternilai buat ibu bapa. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik dan membentuk anak-anak menjadi seorang insan yang berguna. Di dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa cara dalam mendidik anak menjadi cemerlang.
Didikan Agama
Anak yang cemerlang perlu diberikan dengan didikan agama yang kukuh. Selain menyediakan keperluan dunia buat anak-anak, ibu bapa juga seharusnya mengutamakan keperluan akhirat. Latih anak untuk mendirikan solat, berpuasa dan sering mendedahkan diri anak-anak dengan melakukan kebaikan dari umur mereka masih kecil lagi.
Jadilah teladan yang baik buat si anak
Setiap tindakan ibu bapa akan menjadi contoh buat si anak. Jika ingin mendidik anak untuk menjadi yang terbaik, maka anda perlu menunjukkan contoh yang baik terlebih dahulu. Setiap perbuatan ibu bapa secara automatik akan menjadi ikutan buat anak. Sebagai contoh, jika ingin mendidik anak dalam menunaikan solat 5 waktu, anda sebagai ibu bapa perlu melakukannya terlebih dahulu.
Luangkan masa bersama
Ingatlah bahawa anak-anak yang sedang membesar amat memerlukan kasih sayang dan sokongan dari kedua ibu bapa mereka. Jadi sebagai ibu bapa, sesibuk mana anda sekalipun, luangkan masa anda bersama anak-anak agar mereka sentiasa riang dan berasa disayangi dan dihargai.
Amalan pemakanan
Mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan halal juga merupakan faktor penting dalam melahirkan anak yang cemerlang. Sebagai ibu bapa, anda perlu memastikan agar anak-anak anda mendapat makanan yang seimbang untuk tumbesaran yang sihat. Bila badan sihat, otak mereka akan lebih fokus dalam melakukan aktiviti-aktiviti harian.
Utamakan kebajikan anak
Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan kebajikan anak anda sentiasa terpelihara. Selain menyediakan keperluan asas untuk mereka, jangan sesekali abai akan soal keselamatan dan kesihatan mereka. Jadikan ia sebagai perkara penting yang perlu anda utamakan.
Berikut merupakan 5 cara dalam mendidik anak menjadi cemerlang. Ingat, bukan hanya cemerlang di dunia, malah di akhirat juga. Jangan pandang remeh!
Belum ada jodoh?