WAHAI JODOHKU, AKU MENUNGGUMU

WAHAI JODOHKU, AKU MENUNGGUMU

"membuatkan aku yakin, pasti suatu hari nanti kita pasti akan bertemu jua"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi
Wahai, Jodohku, Aku, Menunggumu

Apa khabar jodohku? Siapakah kamu? Dimanakah kamu? Semoga engkau sentiasa dibawah lindungan-Nya. Aku disini setia menantimu. Aku ingin sampaikan kepadamu, bahawa pada saat ini, aku masih menantimu dengan penuh kesabaran. Percaya atau tidak, aku sangat merindui dirimu. Aku sentiasa mengakhiri solatku dengan berdoa kepada Allah SWT agar dipertemukan denganmu. Aku terlalu ingin melihat siapakah dirimu, bagaimana perwatakanmu, apa yang kamu sedang lakukan dan bermacam-macam lagi. Namun, sehingga saat ini, aku masih belum dapat melihat bayangannmu. Allahuakhbar!

Wahai jodohku,

Aku mahu engkau tahu bahawa aku sentiasa menjaga kesucian diriku dari sesuatu yang mendatangkan murka-Nya, aku berharap agar engkau di sana pun begitu juga. Aku setia mematuhi apa yang menjadi perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.

Wahai jodohku,

Aku sering juga termenung jauh memikirkan bila masanya engkau akan muncul di hadapanku? Aku nantikan engkau setiap waktu sehingga hari-hariku sentiasa bertaburan dengan angan-angan yang indah belaka. Namun, apabila takdir mengatakan ianya masih Belum, barulah aku tersedar dari lamunan itu.

Pada awalnya, aku sangat kecewa, hatiku bagaikan retak seribu, air mataku sentiasa mengalir di pipiku tanpa henti. Tapi, apalah dayaku, hanyalah seorang hamba yang mesti menerima akan segala yang telah ditentukan oleh Allah SWT dengan lapang dada.

Wahai jodohku,

Jika dilihat akan usiaku, memang usiaku sudah pun cukup sesuai bagi diriku untuk membina mahligai rumah tangga. Tak lupa juga akan soalan-soalan dari mereka yang terus menanyakan aku tentang diriku yang masih belum menamatkan zaman bujangku ini. Cukup perit perasaan itu. Tidak tertanggung rasanya.



Namun, oleh kerana iman dan keyakinan yang utuh dalam diriku, membuatkan aku yakin, pasti suatu hari nanti kita pasti akan bertemu jua. Dan engkau pasti akan menjemputku ke dalam mahligai rumah tangga kita nanti. InshaAllah.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar