SUDAH BERUSIA TETAPI MASIH BELUM BERTEMU JODOH

SUDAH BERUSIA TETAPI MASIH BELUM BERTEMU JODOH

Ada segelintir wanita mahupun lelaki, mereka terlalu mencari calon pasangan yang sempurna untuk dijadikan calon isteri atau suami...

Dikarang oleh hasrulhamimie | Motivasi

Umum sudah mengetahui bahawa jodoh adalah sesuatu yang misteri. Tidak ada seorang pun yang dapat menjangka tentang siapa jodoh mereka dan bila saatnya. Namun siapa sahaja yang mahu meneruskan kehidupan tanpa pasangan hidup?

Lelaki mahupun perempuan pasti menginginkan seseorang untuk dijadikan isteri atau suami mereka dalam membina sebuah kehidupan yang dituntut. Rata-rata mereka yang sudah berusia masih juga belum berjumpa jodoh. Namun alasan biasa yang selalu diberikan apabila ditanya ialah “belum ada jodohnya…”

1) Terlalu memilih

Ada segelintir wanita mahupun lelaki, mereka terlalu mencari calon pasangan yang  sempurna untuk dijadikan calon isteri atau suami. Ada sahaja yang tidak kena tentang penampilan atau perwatakan si dia. Padahal si dia sudah menunjukkan minat untuk membina sebuah hubungan bersama anda.

Namun hubungan itu tidak dapat diteruskan selepas anda sendiri yang meletakkan syarat-syarat tertentu dalam pemilihan. Maka anda akan terus membujanglah jawabnya.

2) Semakin banyak komitmen

Komitmen adalah berbeza bagi setiap individu. Ada yang masih terikat dengan keluarga, pelajaran, pekerjaan dan diri sendiri. Komitmen juga boleh menyebabkan impian seseorang itu terhalang lebih-lebih lagi untuk menuju ke arah sebuah perkahwinan.

Setelah mendirikan rumah tangga, komitmen itu akan menjadi lebih besar sejurus mereka mempunyai seorang suami/isteri dan anak-anak kelak. Oleh sebab itu mereka masih memilih untuk hidup membujang.

3) Sudah selesa hidup berdikari dan berseorangan

Sebenarnya, kebanyakan antara mereka yang masih belum mendirikan rumah tangga ini disebabkan kerana mereka sudah terbiasa hidup berdikari. Mereka sudah memiliki semua benda yang mereka inginkan dan sudah selesa dengan kehidupan yang mereka sedang lalui. Hal ini menyebabkan mereka tidak mempunyai inisiatif untuk mencari pasangan hidup.

Kalau nak dibandingkan, rata-rata sahabat handai mereka sudah mempunyai cahaya mata. Sedangkan mereka pula masih tidak mempunyai calon pilihan hati dek kerana sudah terbiasa dengan kehidupan yang sedia ada.

4) Tidak mendapat desakan dari orang tua

Ada yang disebabkan desakan daripada kedua-dua orang tua membuatkan mereka berusaha keras dalam mencari pasangan. Malah masih ada juga yang tidak mendapat desakan dari orang tua mereka terutama tentang soal berumah tangga. Bertambah senanglah hati mereka apabila tiada yang memaksa dalam mencari pasangan hidup.

5) Membanding-bandingkan dengan kawan yang lain yang masih belum berkahwin

Ada juga segelintir yang membanding-bandingkan tentang kawan yang lain yang masih belum berumah tangga. Apabila Si A dan Si B masih belum berkahwin, maka dia menggunakan alasan yang dia juga masih tidak layak untuk berkahwin. Walhal soal jodoh bagi setiap manusia adalah berbeza. Takdir jodoh bagi setiap manusia juga sudah tertulis, cuma cepat atau lambat sahaja.

6) Masih ingin mengejar kerjaya

Baik lelaki mahupun perempuan, mereka sudah meletakkan impian yang harus mereka kecapi sebelum mereka mendirikan rumah tangga. Sebagai contoh, mereka sudah meletakkan niat untuk menghabiskan pelajaran terlebih dahulu sebelum menamatkan zaman bujang. Faktor ini juga yang menyebabkan mereka menangguh niat untuk berkahwin kerana masih terdapat impian yang belum tercapai. Begitu juga dalam kerjaya mereka sendiri.

Kesimpulan

Setiap takdir kelewatan dalam bertemu jodoh bagi setiap individu adalah berbeza. Namun niat itu haruslah diiringi dengan doa dan usaha. Supaya anda juga dapat menikmati keindahan sebuah perkahwinan.

Jom bina baitul muslim (keluarga muslim) yang bahagia

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar