SAYA CINTA DIA….. TAPI...

SAYA CINTA DIA….. TAPI...

"namun bakal pasangannya itu seorang yang mempunyai masalah"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi

(Soalan pembaca)

Saya menerima satu mesej dari pelanggan kami. Dia menyatakan berkenaan dia telah bertemu dengan pasangan yang di rasakannya serasi, namun bakal pasangannya itu seorang yang mempunyai masalah. Bakal pasangannya seorang yang tidak bekerja dan berdasarkan apa yang dia dengar dari mulut orang lain, bakal pasangannya itu telah banyak kali diberhentikan kerja dek kerana masalah disiplin ketika berkerja.



Sedikit pendapat untuk masalah bagi si penanya:

 

Suami adalah ketua rumahtangga dan mereka memegang tanggungjawab untuk menjaga keluarga mereka.

Para suami adalah ketua rumahtangga. Sebagai ketua rumah tangga, banyak perkara yang menjadi tanggungjawabnya. Antaranya adalah memberikan nafkah buat keluarga. Mereka perlu sedar akan tanggungjawab yang bakal di serahkan kepadanya ini. Adalah lebih baik untuk menyedarkan mereka sebelum anda menjalinkan hubungan perkahwinan berbanding selepas anda telah bergelar suami isteri.



Bincang dan berilah peluang untuk dia mengubah attitude sebelum menempuh alam perkahwinan.

Perbincangan adalah jalan terbaik dalam penyelesaian ini. Pastikan si dia tahu masalah yang di hadapinya dan bertekad untuk berubah. Yakinkan si dia, bahawa anda bakal menjadi tanggungjawabnya dan anda bersedia untuk bersama dengannya susah dan senang, namun dia perlu untuk berubah supaya masa depan anda dan dia mampu menjadi lebih bahagia.



Bakal pasangan anda bukanlah suami anda lagi. Anda masih berhak membuat keputusan untuk tidak meneruskan perhubungan tersebut.

Tidak salah memberikan pasangan anda (lelaki) peluang, namun ingat, sekiranya ia tidak berubah, maka anda berhak mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhubungan tersebut. Mungkin anda akan bersedih, namun yakinlah, kesedihan yang anda alami tidak akan berpanjangan. Masa depan anda adalah lebih penting. Buatlah keputusan yang anda rasakan mampu



Banyakkan berbincang bersama ahli keluarga dan orang yang telah berkeluarga.

Perbincangan adalah penting. Apatah lagi untuk kita melayari bahtera rumah tangga yang kita harapkan ianya kekal hingga ke syurga, lebihlah teramat penting untuk kita bincangkan secara lumat. Jangan mengambil tindakan terburu buru. Buatlah persiapan yang terbaik untuk anda, pasangan anda demi masa depan bersama.



Setelah membuat keputusan, bersedia dengan segala apa hasil dari keputusan yang anda buat.

Apa jua keputusan yang anda buat, sama ada anda meneruskan atau menamatkan perhubungan tersebut, andalah yang akan menerima kesan yang paling besar. Orang sekeliling hanya boleh memberi pandangan sahaja, namun anda yang akan membuat keputusan. Anda harus bersedia dengan segala hasil dari keputusan yang anda telah buat.

 

 

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar