MENGURAT DAN BERCINTA? BOLEH KE?

MENGURAT DAN BERCINTA? BOLEH KE?

"mengurat adalah mukadimah kepada bercinta, manakala, bercinta pula adalah mukadimah kepada perkahwinan"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi
Cinta, Jodoh, Mengurat, Bercinta

Ianya seakan-akan sudah menjadi kekeliruan pada setiap remaja di luar sana yang masih belajar mengenai apa itu erti cinta? Mereka masih tertanya-tanya adakah bercinta itu haram? Apakah hukumnya apabila seorang lelaki mengurat seorang perempuan atau sebaliknya? Apa pula beza antara bercinta dan “couple”?

Sudah menjadi satu kepastian yang perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah dengan mengurat. Ini kerana, mengurat adalah mukadimah kepada bercinta, manakala, bercinta pula adalah mukadimah kepada perkahwinan. Kedua-dua ini berkait rapat antara satu sama lain kecuali sekiranya mereka bernikah atas pilihan keluarga.

Mengikut sesetengah ulama, mereka berpendapat, mengurat dan bercinta itu halal, tetapi kebanyakan ulama lain menganggap ianya haram. Namun, ulama Fekah berpendapat terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud Az-Zahiri yang merupakan Imam Mazhab Az-Zahiri.

Apa yang dapat dijelaskan disini, mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta. Termasuk juga mereka yang bercinta selepas kahwin.

Mengurat dan bercinta dianggap berguna sekiranya ia membawa kepada kebaikan. Seperti contoh yang kita dapat lihat, selepas bercinta, ia akan disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga, maka lahirlah zuriat, terbentuklah satu keluarga dan masyarakat. Namun, dari sudut lain, ianya akan membawa kemudaratan sekiranya selepas mengurat, bercinta, mereka melakukan zina maka melahirkan anak luar nikah, ternyata konsep ini salah dan haram disisi Islam.

Justeru itu, sebagai seorang muslim, kita mestilah selari dengan ajaran Allah, nak MENGURAT DAN  BERCINTA ITU MEMANG BOLEH, CUMA JANGANLAH BERTENTANGAN DENGAN HUKUM ALLAH. Wallahualam.

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar