KAHWIN: LELAKI LEBIH MUDA DARIPADA WANITA
KAHWIN: LELAKI LEBIH MUDA DARIPADA WANITA
“banyaknya perbezaan umur antara si perempuan dan si lelaki, si lelaki jauh lebih muda dari si wanita”
“Diana nak kahwin dengan Ahmad, Ahmad itu baru je 24 tahun, dia dah 30 tahun tapi nak kahwin dengan yang lagi muda dari dia”
Apa pandangan masyarakat setelah mendengar berita macam ini? Ternyata perkara pertama yang terlintas di fikiran mereka, “banyaknya perbezaan umur antara si perempuan dan si lelaki, si lelaki jauh lebih muda dari si wanita”. Persoalan ini sangat menarik dibincangkan memandangkan ramai wanita yang sudah meningkat usia masih belum berumah tangga, walhal lelaki yang seusia dengan mereka sudah pun berumah tangga.
Kebanyakan wanita yang sudah lanjut usia sudah pasrah dengan diri mereka yang masih belum berjumpa dengan calon pasangan mereka, yang tinggal, hanyalah lelaki yang muda-muda sahaja.
Apakah salah sekiranya seorang lelaki menikahi seorang wanita yang lebih muda daripadanya? Sedangkan Islam sendiri menetapkan bahawa perkahwinan dan pemilihan calon isteri dan suami itu hendaklah pada agama dan akhlak.
“Maka kahwinilah akan kamu dari perempuan itu yang baik bagi kamu” (An Nisa : 3)
Sekiranya yang sudah baik akhlaknya datang kepada anda, tetapi memandangkan dia jauh lebih muda/tua daripada anda, tak akan secara mudah sahaja untuk anda memutuskan hubungan itu?
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda Rasulullah SAW : “Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadith hasan riwayat Tirmidzi)
Islam adalah agama yang mudah. Islam tidak pernah menetapkan persoalan umur sebagai ukuran dalam pernikahan. Perkara ini sudah jelas bahawa Islam hanya mementingkan agama, berbanding perkara lain.
“Allah menghendaki kesenangan kepada kamu dan tidak mengingini kesusahan menimpa kamu” (Al Baqarah:185)
Bagi seorang muslim, dalam mencari pasangan, perkara yang paling diutamakan adalah agama. Di dalam hadith Riwayat Abu Daud dari hadith Ma’qil ibn Yasar r.a mengenai pertanyaan seorang lelaki kepada Rasulullah SAW meminta pandangan untuk menikahi seorang perempuan yang cantik, dan berkedudukan tetapi tidak mampu beranak, maka dilarang oleh baginda dan disuruh supaya menikahi wanita yang dapat beranak dan melahirkan anak.
Perempuan yang sudah berusia, tetapi selagi dia masih dara dan selagi usianya belum sampai waktu putus haid (menopause) dan dapat melahirkan anak, maka tidak ada salahnya dalam agama untuk menikahi mereka.
Ianya adalah digalakkan bagi lelaki muda sekiranya mereka bertemu dengan wanita yang lebih berusia daripada mereka tetapi beragama dan berakhlak supaya menikahi mereka dan menyelamatkan agama dan menunaikan fitrah manusia disamping mendapat faedah keduniaan.
“Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al- Maidah:48)
Jangan sesekali jadikan alasan perbezaan usia sebagai halangan untuk anda meneruskan hubungan. Sesungguhnya, syariat Islam yang telah ditetapkan adalah sangat mudah. Wallahualam.
Belum ada jodoh?