JODOH KITA ADALAH CERMINAN DIRI
JODOH KITA ADALAH CERMINAN DIRI
"mereka masih terbayang siapakah jodoh mereka, bagaimana orang nya, cantik ke tak, kerja apa, dan macam-macam lagi"
Mereka yang belum kahwin pasti ternanti-nanti akan kunjungan jodoh mereka yang belum tiba. Di saat itu, mereka masih terbayang siapakah jodoh mereka, bagaimana orang nya, cantik ke tak, kerja apa, dan macam-macam lagi. Pasti apa yang mereka idamkan yang perfect sekali orang nya. Kan? Kalau yang lelaki, pasti idamkan wanita yang cantik, baik budi pekerti, hormat orang tua, sopan santun. Begitu juga buat kaum perempuan. Mereka pasti mahukan yang terbaik sahaja untuk dijadikan pasangan.
TAPI…… Ramai yang tak sedar sebenarnya, kita duk pening-pening fikir bagaimana laa jodoh kita bla bla bla, kerana secara hakikatnya, JODOH KITA ADALAH CERMINAN DIRI.
Jika kita berasakan peribadi kita baik, begitulah jodoh kita, namun kalau anda berasakan peribadi anda tidak baik, Allah pasti akan pertemukan kita dengan yang peribadinya tidak baik. Seperti mana firman Allah SWT dalam surah An-Nur, ayat 26:
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
Mulai dari saat ini, berusahalah dalam perbaiki diri kita. Tanya diri sendiri, “bagaimana peribadi ku? Cukup kah amalan ku dalam beribadah kepada Allah? Adakah aku sudah melaksanakan tugas ku sebagai umat Nya?” Kalau belum, ayuh berubah ke arah yang diredhai, nescaya kita peroleh jodoh yang terbaik buat diri kita. Ingat, JODOH KITA ADALAH CERMINAN DIRI, jika mahukan pasangan yang terbaik di sisi Allah, maka anda haruslah menjadi yang terbaik juga.
Belum ada jodoh?