JANGAN TAKUT MENIKAH DENGAN LELAKI YANG MISKIN HARTA

JANGAN TAKUT MENIKAH DENGAN LELAKI YANG MISKIN HARTA

"takutlah akan lelaki yang miskin IMAN DAN TANGGUNGJAWAB"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi

Wahai perempuan, jangan takut jika menikah dengan lelaki yang miskin harta, ini kerana, harta itu boleh dicari.

Jangan disebabkan harta, anda menjadi runsing dalam memikirkan soal jodoh.

Jangan disebabkan harta, anda menjadi seorang yang terlalu memilih.

Jangan disebabkan harta, anda melewatkan perkahwinan anda.

Jangan disebabkan harta, anda menjadi terlalu taksub.

Jangan disebabkan harta, anda dibayangi dengan kehidupan yang penuh dengan kemewahan.

Jangan disebabkan harta, anda hilang kehormatan terhadap diri sendiri.

Jangan disebabkan harta, anda hilang segala-galanya!

JANGAN DISEBABKAN HARTA, ANDA TELAH MERUGIKAN DIRI SENDIRI!

Tetapi, takutlah akan lelaki yang miskin IMAN DAN TANGGUNGJAWAB. Kerana perkara itulah yang dapat membuat hubungan rumah tangga anda menjadi tidak harmoni dan tidak tenteram kelak.

Wahai perempuan di luar sana,

Percayalah kamu, sesungguhnya pada saat kita bernikah maka Allah SWT akan membukakan pintu-pintu rezeki dengan mudah, rezeki itu datang sama ada dari si suami mahupun isteri.

Allah SWT berfirman: “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. 

(An-Nur/24:32)

Percayalah, selagi kita masih beriman dan bertaqwa di jalan Allah, maka sangat mudah bagi-Nya untuk mengabulkan segala doa anak-anak Adam yang sedang meminta hidup mereka diberkati kerana mereka telah menyempurnakan separuh daripada Agamanya.

Sentiasa bersyukur, dan teruskan berdoa untuk mendapat kesejahteraan rumah tangga. Apabila kita tidak putus dalam berdoa, nescaya Allah SWT akan melimpahkan rezeki kepada mereka dan pasangan.

Tidak ada apa-apa yang sulit pun bagi Allah SWT dalam mengubah rezeki umat-Nya. Yakinlah bahawa harta kekayaan, gelaran mahupun pangkat dan kejayaan ini hanyalah di dunia semata-mata. Semua itu akan berakhir di saat kita terbaring di atas papan dan ditutupi dengan tanah-tanah.

Kebahagiaan yang sebenar adalah ketika saat kita sebagai umat manusia sentiasa bersabar dan bersyukur terhadap nikmat Allah SWT. InsyaAllah.  

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar