CABARAN SELEPAS BERKAHWIN

CABARAN SELEPAS BERKAHWIN

"bila bercakap soal perkahwinan rata-rata dari kita semua akan membayangkan perkara yang indah dan menyeronokkan"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi

Bila bercakap soal perkahwinan rata-rata dari kita semua akan membayangkan perkara yang indah yang menyeronokkan seperti dapat dating setiap hari, dapat bergurau senda, boleh lepak petang- petang tepi tasik dan ada anak yang comel dan gebu. Namun hari ini saya ingin berkongsi sedikit dengan pembaca artikel baitulmuslim.com tentang cabaran yang bakal dilalui oleh pasangan selepas mendirikan rumahtangga.



Tajuk ini mungkin biasa didengar tapi adakah kita benar-benar tahu cabaran yang akan dihadapi selepas berkahwin. Saya beri pesanan awal- awal lagi artikel ini akan membuatkan anda risau dan tidak senang duduk jadi jika anda tidak mahu mengalami rasa risau atau cuak boleh skip artikel ini dan baca artikel baitulmuslim.com yang lain (gelak jahat sikit). Okay kalau anda buat keputusan untuk terus membaca tahniah, anda seorang yang berani menghadapi realiti di bawah saya kongsikan sedikit kepada anda semua yang belum berkahwin atau yang baru berkahwin tengtang realiti atau cabaran selepas perkahwinan.



Sukar tinggalkan gaya hidup semasa bujang

Perkara ini memang biasa terjadi kepada golongan muda dan biasanya lelaki lebih susah untuk mengubah perkara ini daripada perempuan. Biasanya lelaki susah untuk meninggalkan hobi mereka seperti lepak atau ‘mengeteh” sehingga lewat malam ataupun menghabiskan masa bermain permainan video. Sepatutnya selepas berkahwin dan jika mempunyai anak di awal perkahwinan  anda sepatutnya kurangkan perkara tersebut atau berhenti terus kerana buat masa tersebut anda sepatutnya melebihkan masa bersama anak atau isteri dan pada awal perkahwinan adalah waktu yang sangat penting untuk memastikan rumah tangga tersebut mampu bertahan atau tidak.

Kehidupan rumah tangga tidak seperti yang diharapkan atau diinginkan

Sebelum berkahwin semestinya anda telah merancang pelbagai perkara namun kebanyakkanya sukar untuk dicapai disebabkan pelbagai faktor dan disaat ini juga pasangan suami isteri biasanya akan mengenali  kriteria atau perangai sebenar pasangan masing-masing. Pada waktu ini sangat penting untuk bertolak ansur  dan jangan sebab tidak tutup lampu atau letak baju merata-rata sahaja anda boleh bergaduh besar.



Pembahagian tugas dan peranan

Perkahwinan adalah bermakna anda akan mempunyai tanggungjawab sebagai suami atau isteri dan seperti kebiasaan kita tahu yang tugas suami adalah mencari nafkah untuk keluarga dan menyediakan keperluan bagi keluarga seperti rumah pakaian dan sebagainya. Isteri pula diberi tanggungjawab untuk menguruskan urusan rumahtangga seperti memasak atau menjaga anak. Tetapi hakikatnya, dalam zaman yang serba mencabar ini, peranan ini belum tentu akan dapat digalas sepenuhnya oleh seorang suami mahupun isteri. Pada masa kini, kos sara hidup yang serba meningkat tidak memungkinkan seorang suami menyara isteri dan keluarga sendirian. Ketika inilah ehsan dan tolak ansur isteri diperlukan. Dalam masa yang sama juga, suami harus bertolak ansur membantu isteri melakukan tugas-tugas di rumah. Maka dengan demikian barulah wujud kesefahaman dalam rumahtangga pasangan tersebut.



Selalu berbeza pendapat

Perkara ini sering berlaku di awal perkahwinan dan biasanya pasangan suami isteri akan berbalah dan bertekak dalam membicarakan perkara yang remeh-temeh dan masing-masing akan cuba mempertahankan ego masing-masing. Pada masa ini anda mungkin akan merasakan pendapat anda  lebih baik dan perlu diikuti . Ini berlaku kerana sebelum berkahwin pasangan tersebut membuat keputusan sendiri tanpa perlu mengambil kira pandangan orang lain ,namun setelah berkhawin kebanyakan keputusan yang dibuat perlulah dipersetujui bersama.



Hubungan dengan keluarga mertua
Selepas berkahwin, anda bukan sahaja telah menjalinkan hubungan dengan pasangan anda sahaja namun dengan seluruh keluarga pasangan anda juga. Disebabkan itu perlunya anda pandai bergaul dengan keluarga baru. Mungkin akan ada keluarga yang senang bergaul namun tidak mustahil terdapat sebilangan keluarga yang kurang peramah. Disina penting anda bersabar dan cuba untuk megambil hati mereka dan untuk menyesuaikan diri dengan keluarga mertua juga memerlukan masa, jadi baik suami atau isteri perlulah bersabar dalam memahami sikap dan hidup keluarga mertua

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar