APA YANG LELAKI MAHU?
APA YANG LELAKI MAHU?
(Dipetik oleh Novel Marah-Marah Sayang, Hasil Karya Lily Haslina Nasir)
Lelaki, apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka? Soalan ini pasti menjadi tanda tanya bagi sebilangan wanita yang masih belum mampu memahami suami mahupun boyfriend atau tunang mereka. Apabila ditanya pada wanita, lelaki kadang-kadang membingungkan mereka dan tidak faham apa sebenarnya lelaki mahu dalam perhubungan mereka.
Makin hari, zaman makin berubah. Wanita sekarang pun dah ramai berkerjaya, malah lagi ramai pula yang lebih berkerjaya berbanding lelaki. Tambahan pula, mereka wanita ini lebih berdikari, dan mampu menentukan hala tuju sendiri. Namun, apabila membicarakan tentang hubungan dengan insan bergelar lelaki, ada kalanya membuatkan mereka buntu. Tetapi, apakah sebenarnya yang dimahukan oleh seorang lelaki?
Kuasa dan diutamakan
Setiap lelaki sebenarnya mahukan dirinya dilayan seperti seorang raja oleh pasangannya. Dalam erti kata lain, dari segenap segi, dialah yang menjadi keutamaan gadis. Dia mahu dihormati, ditaati, dibelai, dimanja, dan ada ketika ditakuti. Dia tidak mahu gadis yang taat dan patuh membabi buta. Dia masih berkeinginan pasangan mampu membuat keputusan sendiri sebagai lambang kebijaksanaan gadis. Bijak si gadis bererti bijak jugalah lelaki yang memilih buah hati itu. Ego lelaki amat tinggi, lantaran itu, apabila dirinya diutamakan, dia amat berbesar hati. Dia mahu menjadi insan yang paling penting dan berkuasa terhadap diri perempuan yang disayangi.
Pujian dan sanjungan
Pujian dan sokongan adalah makanan bagi jiwa lelaki. Lelaki mudah cair dan terlena dalam ungkapan kata-kata manis perempuan. Apatah lagi perempuan itu adalah pujaan hatinya.
Bagi lelaki, gadis yang menjadi belahan jiwanya mestilah menunjukkan sokongan dalam apa jua bidang yang diceburi. Ditakdirkan dalam keadaan dirinya bermasalah atau dilanda krisis yang hebat, pujian daripada kekasih dianggap sebagai penawar oleh lelaki.
Kelainan
Kata kuncinya ialah jangan takut mencari kelainan. Lelaki ini mengimpikan pasangan yang sentiasa membawa kesegaran dalam perhubungan. Topik perbualan, pembawaan diri, pandai berdikari dan matang adalah antara aset perempuan yang mungkin tidak dilepaskan oleh lelaki.
Saat bertafakur
Lelaki memerlukan pasangannya. Namun, ianya bukan bererti 24 jam dia harus diapit oleh si isteri. Lelaki tetap mahukan ruang untuk dia bersendirian. Dia akan berasa lebih santai tatkala begini. Mungkin juga dia mahu melakukan sesuatu yang di luar sempadan kegemaran perempuan. Lelaki bukan seperti perempuan yang mudah kelihatan turun naik moodnya. Lelaki juga lebih suka memendam perasaan. Dia tidak mempunyai vokal yang lantang seperti perempuan. Jadi, sekiranya dia tiba-tiba memencilkan diri atau hilang daripada pandangan seperti bertapa, usahlah berkecil hati.
Berikut adalah antara perkara yang dimahukan lelaki. Ianya telah dipetik dari Novel Marah-marah sayang, hasil karya Lily Haslina Nasir. Anda juga boleh ke Facebook Page beliau https://www.facebook.com/LilyHaslinaNasir/. Banyak lagi novel yang berkaitan CINTA (hasil karya beliau) yang patut anda baca! :)
Belum ada jodoh?