ANTARA CIRI-CIRI GADIS TIDAK DILEPASKAN LELAKI
ANTARA CIRI-CIRI GADIS TIDAK DILEPASKAN LELAKI
(Dipetik dari Novel Marah-Marah Sayang : Lily Haslina Nasir)
Dalam mencari pasangan hidup, sudah pasti setiap manusia mahupun lelaki dan perempuan sudah menetapkan ciri-ciri idaman untuk dijadikan pasangan mereka. Namun, bukan semua yang diimpikan menjadi kenyataan buat mereka. Kalau ya, itu adalah bonus buat mereka, namun kalau tidak, jangan sesekali menyesal kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Namun bagi setiap lelaki, untuk pada masa sekarang, rata-rata wanita mempunyai ego yang tinggi, dan mereka berasa mudah tercabar dengan lelaki. Secara realitinya, masih ada lagi perempuan idaman yang boleh mengisi kekosongan hati mereka. Berikut adalah antara kategori perempuan idaman bagi setiap lelaki:
Si Gadis Manis - Miss Sweet
Si Gadis Manis ini dilihat oleh lelaki sebagai gadis yang sentiasa positif, memastikan kehidupan dia penuh dengan keceriaan dan debaran. Tiada yang menjemukan apabila bersama si Gadis Manis. Sifatnya tidak berpura-pura, malah sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Kehadirannya juga bukan sekadar menyenangkan lelaki tetapi juga membawa kebanggaan. Lelaki tidak teragak-agak mengisytihar Miss Sweet ini sebagai kekasihnya di hadapan kenalan atau saudara terdekatnya. Namun, untuk memperoleh Miss Sweet ini, agak sukar sebenarnya.
Si Gadis Saksama - Miss Equality
Gadis begini sering menyerlahkan sifat keperempuanan yang penuh kesempurnaan. Dialah sebenarnya a true feminist! Gadis ini disenangi lelaki kerana dalam jiwa dia tiada rasa hasad atau iri terhadap segala keistimewaan yang menjadi milik lelaki, yang mungkin tidak upaya dikuasai perempuan. Si Gadis Saksama lazimnya begitu rasional dalam tindak tanduk dia. Segala yang dilakukan mengikut laras dan sempadan yang menyenangkan dua gender. Dia ini adalah gadis idaman lelaki terutama yang mengutamakan kesaksamaan dalam perbelanjaan. Gadis saksama tidak banyak cerewet biarpun dia diminta membayar bil makan tatkala temu janji.
Si Gadis Rakan Karib - Miss Best Friend
Sifat Gadis Rakan Karib ini hampir sama dengan Si Gadis Manis, cuma yang membezakan, Si Gadis Rakan Karib ini benar-benar membahagiakan. Gadis seperti dia tidak perlu cantik atau manis dipandang, namun mempunyai tingkah laku yang sentiasa di cari-cari oleh si lelaki. Bersama dia, si lelaki boleh berkongsi pelbagai topik. Mengenali gadis yang memiliki ciri ini juga mudah. Meskipun baru sahaja berbual selama 5 minit, si lelaki akan merasakan seperti sudah mengenalinya selama 5 tahun.
Si Gadis Lurus - Miss Straightforward
Dia adalah ciri perempuan yang cekap serta tahu cara terbaik berkomunikasi dengan lelaki. Si Gadis Lurus ini antara yang cekal dan berani. Dia tidak teragak-agak dalam berkata-kata. Kalau dia mahu berkenalan dengan lelaki yang diminatinya, dia tidak akan menunggu lama untuk membuka langkah.
Si Gadis Berdikari - Miss Independent
Ini adalah gadis yang paling disenangi oleh si lelaki apatah lagi jika si lelaki tidak cukup duit untuk melabur demi memikat sekeping hati. Gadis yang berdikari selalunya lebih berpijak di bumi nyata. Gadis begini lazimnya tahu tentang pilihannya dan amat yakin dengan setiap tindak tanduknya. Gadis ini mengimpikan kehadiran lelaki bagi menyempurnakan kehidupannya. Dia juga tidak memerlukan lelaki untuk melaksanakan segala keperluan dalam hidupnya.
Berikut adalah antara ciri-ciri yang ada pada perempuan yang tidak patut dilepaskan oleh lelaki. Ciri-ciri berikut telah diambil dari Novel Marah-marah sayang, hasil karya Lily Haslina Nasir. Anda juga boleh ke Facebook Page beliau https://www.facebook.com/LilyHaslinaNasir/. Banyak lagi novel yang berkaitan CINTA (hasil karya beliau) yang patut anda baca! :)
Belum ada jodoh?