4 SEBAB MENGAPA BERKAHWIN MEMUDAHKAN REZEKI
4 SEBAB MENGAPA BERKAHWIN MEMUDAHKAN REZEKI
"tidak ramai yang bersedia dan mengaku telah bersedia untuk mendirikan rumahtangga pada usia muda"
Setiap orang biasanya ingin berkahwin dan ingin membina rumahtangga yang bahagia, namun begitu tidak ramai yang bersedia dan mengaku telah bersedia untuk mendirikan rumahtangga pada usia muda. Pada fikiran mereka berkahwin pada waktu muda akan menjejaskan karier mereka. Adakah benar perkahwinan akan menjejaskan karier yang akan kita bina? Namun ada sesetengah orang berpendapat dan mengatakan berkahwin akan memudahkan rezeki. Pernahkah anda mendengar orang bercakap ‘ini rezeki isteri’ atau ‘rezeki anak’? Dibawah kami sertakan antara sebab-sebab mengapa perkahwinan memudahkan rezeki seseorang.
Lebih Semangat Untuk Bekerja
Setelah berkahwin anda bukan hanya hidup sendirian tapi secara berpasangan dan secara tidak disedari anda akan menjadi lebih semangat untuk bekerja apatah lagi jika niat anda adalah untuk membahagiakan keluarga anda. Disebabkan itu perkahwinan bukanlah alasan untuk anda bermalas-malasan apatah lagi jika telah mempunyai anak maka tanggungjawab anda akan menjadi lebih besar.
Belajar Untuk Menahan Diri
Kita biasanya mempunyai keinginan seperti mahu membeli kereta mewah,gadjet yang mahal ataupun pakaian yang berjenama, namun setelah berkahwin anda perlu mengalah dan memberi keutamaan kepada keluarga anda. Apabila anda melebihkan keluarga anda inshaallah rezeki anda menjadi lebih berkat dan rezeki lain juga akan semakin bertambah
Lebih Pandai Menguruskan Kewangan
Jika dahulu anda hanya membelanjakan wang untuk diri anda sendiri namun setelah berkahwin anda juga perlu berbelanja dan memberi nafkah untuk keluarga anda. Jika sebelum ini anda boros seharusnya selepas berkahwin anda perlu lebih berhati-hati dalam membelanjakan wang. Perkhawinan akan membantu anda untuk belajar cara pengurusan wang dan ianya amat penting demi kebahagiaan rumah tangga.
Lebih Rajin Untuk Menabung
Setelah berkahwin anda akan menjadi lebih terbuka kerana banyak perkara yang anda perlu memberi keutaamaan dan anda sepatutnya perlulah mula menyimpan wang, lebih-lebih lagi jika merancang untuk mempunyai anak. Oleh yang demikian simpanan wang adalah penting untuk kegunaan selepas mempunyai anak nanti dan juga mungkin boleh digunakan sewaktu anda mengalami kecemasan yang memerlukan banyak wang.
Belum ada jodoh?