LELAKI NI MAHUKAN YANG CANTIK SAHAJA!

LELAKI NI MAHUKAN YANG CANTIK SAHAJA!

"mata mereka hanya alert pada yang cantik sahaja"

Dikarang oleh Inaaina | Berita

Sudah menjadi lumrah bagi seseorang lelaki yang mahukan perempuan yang cantik paras rupanya. Ini menambahkan ketidakpuashati buat kaum perempuan. Sebagai contoh terdekat yang kita dapat lihat, apabila mereka berjalan-jalan ke shopping mall, mata mereka hanya alert pada yang cantik sahaja. Bahkan mereka yang sedang berjalan dengan isteri sendiri pun boleh terpegun melihat kecantikan yang ada pada perempuan lain. Dasyat bukan? Perempuan pun dah naik menyampah dengan perangai si lelaki, lebih mementingkan paras rupa dari ciri lain.

Kalau anda semua nak tahu, kita tak boleh salahkan kaum lelaki semata-mata, ini kerana, ia sudah menjadi fitrah buat mereka. Semua orang mahu memiliki sesuatu yang cantik. Bahkan dalam memilih kasut, anda sendiri pun akan memilih yang cantik, ikut pada taste anda. Begitu juga dalam memilih pasangan, mestilah memilih yang betul-betul cantik di mata mereka. Lebih-lebih lagi apabila kahwin ni bukan benda sekejap-sekejap. Namun, bukan bermaksud mereka perlukan kesempurnaan. Kalau nak semua perfect, putih, kurus, cantik, kahwin dengan barbie doll lah macam tu!

Yang kedua, ada sesetengah lelaki lebih mementingkan ego dalam memilih pasangan, mereka berniat lebih kepada menjunjuk-nunjuk apabila mereka mampu memiliki perempuan yang cantik. Mereka akan menimbulkan perasaan jealous terhadap kawan mereka yang lain. “Tengok laa, aku mampu memiliki gadis bak bidadari ini”. Ini membuatkan kawan mereka yang lain pun berasa tercabar lalu dikejarnya pula perempuan yang cantik-cantik sahaja.

Ketiga, mereka berfikiran tidak matang. Mereka beranggapan dengan memiliki perempuan cantik sahaja mampu untuk membahagiakan hidup mereka selepas berkahwin. Lagi-lagi apabila mindset mereka sudah dipengaruhi dengan drama-drama di kaca TV sekarang, tambahan pula bagi mereka yang masih muda. Apabila dapat yang cantik, bahagialah hidup hari-hari dapat tatap rupa yang cantik je berbanding mereka yang tak cantik. Astaghfirullahalazim.

 
Kesimpulannya, semua ciptaan Allah cantik-cantik. Ciptaan Allah tiada yang buruk. Yakinlah, setiap orang adalah cantik. Ukuran cantik atau tidak cantik seperti yang kita faham adalah ukuran manusia, ukuran Allah amat berbeza malah ianya ternyata lebih jauh daripada ukuran manusia. Wahai kaum lelaki, cantik bukan penentu kebahagiaan rumah tangga, namun cara anda menjaga rumah tangga itu yang penting. Untuk kaum perempuan pula, jangan hanya nak marah dengan statement ini, namun berusaha untuk menjadi cantik bukan hanya cantik pada paras rupa, malah, dengan budi bahasa dan tingkah laku itu juga biarlah cantik. Lelaki pandang pun dah boleh terpegun dengan anda.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar